Buletin

WAGON C63 AMG MICHAEL SCHUMACHER UNTUK DILELONG

Salah satu jentera yang pernah dipandu oleh Michael Schumacher (selain jentera F1 Mercedes GP Petronas F1) adalah Mercedes-Benz C63 AMG Estate yang dipaparkan dalam artikel kali ini.

Pelumba F1 itu menerima wagon C63 AMG ini ketika baharu sahaja menyertai pasukan F1 Mercedes pada tahun 2010.

Beliau sempat menggunakan wagon ini selama beberapa bulan sebelum dijual kepada pemilik kedua yang merupakan seorang warga Switzerland pada tahun 2011.

Penjualan wagon pantas ini dikendalikan oleh Bonhams, sebuah rumah lelongan dengan jarak perbatuan tercatat sekitar 152,000 km dan masih lagi berada di dalam kondisi yang amat baik.

Malah pada Mac 2021, wagon ini telah melepasi pemeriksaan TuV tanpa sebarang penambahbaikan yang perlu dibuat.

Ketika ia mula dijual pada tahun 2010, C63 AMG Estate ini dikuasakan oleh enjin 6.2 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 450 hp dan 600 Nm daya kilas.

Pecutan 0-96 km/j hanyalah sekitar empat saat sahaja!

Harga jualan? C63 AMG Estate ini dianggarkan bernilai antara €50,000 sehingga €100,000 (RM236,248 – RM472,496).

Sumber: Bonhams

Google ads
Back to top button