Buletin

MINTA BAKI TAMBANG LEBIH AWAL, LELAKI DI JEPUN DITAHAN ATAS TUDUHAN MEROMPAK

Pasukan polis Tokyo dilapor sudah berjaya menahan seorang lelaki yang didakwa merompak 100 buah teksi di seluruh Jepun dengan cara meminta wang baki daripada pemandu sebelum melarikan diri. 

Ryusei Tamayose, 23, seorang penganggur dan tidak mempunyai alamat tetap didakwa memberitahu pemandu teksi bahawa dia ingin membayar tambang dengan wang ¥10,000 (RM370). Sebaik sahaja menerima wang baki tersebut, dia terus melarikan diri. 

Tamayose juga ada meminta baki untuk wang yang lebih kecil iaitu ¥5,000 (RM185). Sehingga tempoh ditangkap, dia sudah menipu pemandu teksi sebanyak ¥20,000 (RM739) dan tidak membayar tambang berjumllah RM185. 

Tamayose mengaku bersalah dan memberitahu sudah melakukan aktiviti itu sejak tidak tahun lalu. Bagi mendapat kepercayaan pemandu teksi, Tamayose biasanya meminta mereka berhenti di hadapan kedai serbaneka. 

Dia berjaya dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup selepas insiden sama dilaporkan pada Februari lalu. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Tags
Google ads
Back to top button