
CALTEX DENGAN TECHRON® TERBUKTI MAMPU MEMBERSIHKAN ENJIN ANDA UNTUK PRESTASI YANG LEBIH BAIK DAN KECEKAPAN BAHAN API YANG LEBIH TINGGI MENJIMATKAN.
Farid merupakan seorang penasihat jualan yang sering meluangkan masa memandu keretanya di jalan raya untuk bertemu dengan pelanggan setiap hari. Untuk memastikan rutin harian berjalan lancar, keretanya hendaklah sentiasa dijaga dengan sebaiknya.
Selama ini, Farid menganggap semua jenama petrol di pasaran mempunyai kualiti yang sama, jadi Farid berasa ragu-ragu apabila dicabar untuk menggunakan petrol daripada Caltex. Sebelum ujian dilakukan, enjin kereta Farid diperiksa dengan menggunakan boroskop.
Melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh Philip Chee iaitu Jurutera Bahan Api Caltex, enjin kereta Farid mengalami pembentukan deposit karbon yang ketara pada injap serta di sekitar rongga kemasukan sebelum kebuk pembakaran, yang boleh menjejaskan prestasi enjin secara keseluruhan.

Deposit karbon yang terkumpul pada bahagian ini sebenarnya boleh menyekat aliran udara ke dalam enjindan mengurangkan kecekapan isipadunya. Akibatnya, jumlah campuran udara dan petrol yang memasuki silinder menjadi kurang dan seterusnya menjejaskan proses pembakaran.
Sekiranya deposit karbon berada di dalam silinder, ia akan menjadi titik haba atau “hotspot” yang akan menjadi punca kepada masalah ketukan (knocking).
Kedua dua isu ini menghadkan aliran udara dan ketukan boleh menyebabkan menyebabkan enjin kehilangan kuasa, tidak responsif, menggunakan bahan api yang banyak dan mengalami kerosakan dalam jangka masa panjang.

Selepas menggunakan Caltex dengan Techron selama 28 hari atau 4 kali isian petrol tangki penuh, Farid mendapati prestasi enjin keretanya menjadi semakin baik dan jarak perjalanan setangki petrol menjadi semakin jauh.
Ujian visual menggunakan boroskop untuk kali kedua selepas empat minggu penggunaan Caltex dengan Techron mendapati, deposit karbon yang ada pada komponen enjin telah hilang. Manakala komponen yang sebelum ini dicemari dengan deposit karbon juga telah menjadi bersih.
Farid menjelaskan pecutan enjin keretanya menjadi semakin lancar, gegaran enjin semakin berkurangan dan jarak perjalanan keretanya kini lebih jauh. Dalam erti kata lain, setiap kali anda mengisi petrol dengan Caltex, anda sebenarnya sedang membersih enjin dari dalam. Enjin yang bersih membakar bahan api dengan lebih sempurna, memberikan kuasa yang maksimum dan emisi minimum.
Jika anda mementingkan enjin yang bersih untuk pemanduan yang lancar serta penjimatan jangka panjang, Caltex dengan Techron adalah pilihan yang tepat. Ia bukan sekadar bahan api, ia pelaburan untuk kesihatan kenderaan anda.
Ingin tahu bagaimana Caltex dengan Techron berfungsi dalam dunia sebenar? Tonton video ini dan lihat sendiri perbezaannya: https://www.youtube.com/watch?v=1iENqL3BrjQ