Buletin

MINYAK SKUTER SHELL ADVANCE AX 5 4T

Shell semalam melancarkan minyak skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 serba baru yang dicipta khas untuk enjin skuter empat lejang. 

Shell-Advance-AX5-15W-40-Mekanika  (3)

Minyak skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 direka untuk melindungi enjin skuter yang beroperasi dalam persekitaran bandar yang sesak dan memerlukan skuter kerap berhenti.

Ia mengandungi teknologi inovatif Shell yang menjanjikan prestasi minyak boleh dipercayai. Di samping kawalan terbaik menerusi pertukaran gear yang lancar dan keseronokan menunggang kerana kurang getaran dan lebih senyap.

Pengurus Besar Kelompok, Asia Tenggara Shell Lubricants, Troy Chapman memberitahu, minyak skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 telah dirumus dengan mengambil kira keperluan pemilik skuter.

1L_ADVANCE_4T_AX5 10_30.ai

“Minyak ini mengandungi aditif antioksidan yang membantu menanggalkan enapan dan mengekalkan kelikatan. Maka minyak dapat dikekalkan dalam keadaan terbaik untuk tempoh lebih lama,” jelas Chapman.

Shell Advance AX 5 4T 15W40 melengkapkan portfolio minyak enjin motosikal Shell Advance yang ada di pasaran Malaysia.  Pek standard 800ml ditawarkan pada harga RM21.50 di Semenanjung Malaysia, RM22.00 di Sabah dan Sarawak.

Chapman menjelaskan bahawa pelancaran minyak skuter Shell Advance AX 5 4T 15W40 adalah tepat masa masanya memandangkan skuter semakin diminati sebagai salah satu kenderaan gaya hidup dalam kalangan generasi muda.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button