Motosikal

KEMPEN #ATASISEGALANYA SHELL ADVANCE. BERI 500 BOTOL MINYAK ENJIN SECARA PERCUMA

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan lalu telah menjejaskan mata pencarian ramai rakyat Malaysia, termasuklah mereka yang bergantung kepada motosikal sebagai sumber pendapatan harian.

Kini, Malaysia berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana industri mula beroperasi dan kita semua mula menyesuaikan kehidupan harian dengan norma baharu.

Justeru, Shell membawakan kempen #AtasiSegalanya yang diharap dapat membangkitkan kembali semangat para penunggang dan mekanik motosikal.

500 botol minyak Shell Advance percuma

Sebagai permulaan kempen #AtasiSegalanya bagi tahun 2020, Shell Advance akan memberikan 500 botol minyak enjin semi sintetik Shell Advance AX7 secara percuma kepada pemilik motosikal. Ia bagi mengurangkan beban penunggang motosikal di Malaysia.

Bermula 26 Jun hingga 11 Julai 2020, para penunggang hanya perlu melayari https://www.shell.com.my/motorists/oils-lubricants/win-free-shell-advance-motorcyle-oil.html, jawab soalan mudah dengan betul untuk berpeluang mendapatkan pek Shell Advance AX7 1 liter secara percuma. 

Shell Advance AX7 dihasilkan khusus untuk meningkatkan penjimatan bahan api dan mengurangkan kos penyenggaraan dengan memaksimumkan jarak perbatuan motosikal sehingga 36km bagi setiap isian tangki penuh.

Bandana percuma dengan pembelian Shell Advance AX7

Dalam usaha membangkitkan semangat penunggang untuk mengatasi segala cabaran dan halangan yang dihadapi, setiap pembelian pek 1 liter minyak enjin semi sintetik Shell Advance AX7 dari bengkel-bengkel yang mengambil bahagian akan dihadiahkan dengan bandana yang bergaya secara percuma. Sementara stok masih ada.

Shell Advance Masterclass, tingkatkan kemahiran 2,000 mekanik

Dengan pembukaan semula bengkel-bengkel motosikal, lebih 2,000 orang mekanik motosikal tempatan akan mendapat manfaat daripada program latihan Shell Advance Masterclass.

Sudah memasuki tahun keempat penganjurannya, program Shell Advance Masterclass merupakan satu inisiatif pembelajaran dan pensijilan unik. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran mekanik motosikal dan pemilik bengkel.

Program Shell Advance Masterclass terdiri daripada siri video dalam talian yang dihasilkan dengan kerjasama Jeff Oh, seorang mekanik pakar MotoGP untuk memberi bimbingan serta berkongsi pengetahuan dan panduan pakar mengenai cara penyenggaraan motosikal yang betul.

Modul interaktif tersebut disampaikan kepada peserta semasa pasukan Shell Advance membuat kunjungan ke bengkel. Selain menerusi video demonstrasi di laman web Shell Advance Masterclass.

Maklumat lanjut mengenai rangkaian minyak enjin motosikal Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/advance.

Google ads
Back to top button