Motosikal

BELI SHELL ADVANCE – REBUT PELUANG MENANG DUCATI MONSTER 797!

Jika anda sudah lama berangan untuk memiliki sebuah jentera Ducati, inilah peluang untuk memenanginya!

Shell Advance kini menawarkan Ducati Monster 797 bernilai RM56,000 sebagai hadiah utama untuk Peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance tahun ini.

 

Peraduan yang bermula 1 April hingga 31 Mei 2018 itu turut menawarkan dua kaca mata Oakley untuk dua orang pemenang pada setiap minggu. Keputusan peraduan akan diumumkan di laman Facebook Shell (www.facebook.com/Shell) dan laman web rasmi Shell Malaysia (www.shell.com.my).

 Untuk menyertainya, anda hanya perlu membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 (tidak termasuk GST) dalam satu resit dari mana-mana bengkel Shell Advance, bengkel-bengkel persendirian yang mengambil bahagian atau Lazada Malaysia.

Jawab satu soalan mudah, ambil gambar resit dan hantar penyertaan anda melalui WhatsApp (018-3791326) atau email ke [email protected].

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan menyatakan bahawa peraduan ini bertujuan memberi ganjaran kepada penunggang yang memilih Shell Advanceuntuk melindungi enjin motosikal mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/Advance.

Google ads
Back to top button