Artikel Pilihan

BAJAJ QUTE – INI KAH KERETA YANG PALING MURAH DI INDONESIA?

Jenama Bajaj barangkali mungkin kita pernah mendengarnya, sebagai pengeluar motorsikal yang agak terkenal di India. Tapi tahukah bahawa Bajaj juga pernah mengeluarkan sebuah model motorsikal empat roda, yang sangat persis sebuah kereta mini. Inilah dia, Bajaj Qute.

Takrifan sebenar untuk Bajaj Qute ini adalah merupakan Quadricycle atau bahasa mudah motorsikal dengan empat tayar serta mempunyai empat tempat duduk. Kereta bukan, motorsikal pun bukan. Oh ya, untuk penasaran, Bajaj ini juga merupakan pengeluar asal model Modenas Pulsar. Bajaj juga turut merupakan pengeluar motorsikal tiga roda yang cukup handal terutamanya di India.

Dan tahukah bahawa walau pun ianya adalah Quadricycle, namun di Indonesia ianya boleh dibeli sebagai kenderaan peribadi. Dalam erti kata lain, ianya boleh didaftarkan sebagai kereta persendirian dan paling penting ianya boleh melalui lebuhraya di sana. Dan tahukah juga bahawa Bajaj Qute ini turut menerima pengiktirafan daripada Eropah bagi kategori Quadricycle ini dijual di sana.

Sebagai sebuah model Quadricycle, ianya menggunakan enjin motorsikal yang bersesaran 217 liter dengan posisinya diletakkan di bahagian belakang. Enjin yang patutnya besar untuk sebuah motorsikal berupaya mencatat kuasa maksimum 9.7 kW serta 18.9 Nm. Paling laju pun boleh catat sekitar 70 km/j sahaja. Gear pun ada lima sahaja, sama seperti sebuah motorsikal.

Bagi kemudahan bagasi / beg kecil, bolehlah disumbat di bahagian hadapan dengan bukaan kunci. Bolehlah setakat nak membawa barangan belian di pasar basah atau pun beg sekolah. Kalau tak muat juga, bolehlah letak di atas bumbung, seperti kelaziman yang dibuat oleh orang di Indonesia sana. Tapi yang paling penting, Bajaj Qute ini berupaya memuatkan empat penumpang tanpa masalah. Tali pinggang untuk keselamatan pun ada juga. Lupakan soal selesa. Yang penting boleh tiba di lokasi bersama ahli keluarga tanpa ditimpa hujan lebat mahupun terik mentari.

Paling penting, berapakah harga jualan model yang comel ini di sana? Khabar ianya dijual sekitar harga 70 juta Rupiah (RM20,800). Cukup murah dan pasti mampu milik untuk mereka inginkan mode pengangkutan empat tempat duduk.

BACA : MUDIK RAYA DENGAN MENAIKI BAJAJ – BOLEH SAMPAI KAH?

BACA : BAJAJ AUTO PENGELUAR MOTOSIKAL PALING BERNILAI DI DUNIA. NILAI PASARAN CECAH RM54.8 BILION

Google ads

B K

Back to top button