Buletin

TEMPAH DAN TUNGGU AKAN JADI NORMA BAHARU APABILA BELI KERETA

Pada masa kini, pengeluar kereta telah menstruktur semula pendekatan mereka untuk mengurangkan inventori dari pengedar. Keadaan tersebut akan memaksa pembeli membiasakan diri untuk terlebih dahulu membuat tempahan kereta, menunggu sebelum dikeluarkan sebelum ia diserahkan kepada mereka.

Pakar strategi produk automotif dari Bond Brand Loyalty, John Bardwell berkata ini adalah masa depan dalam proses membeli kereta.

“Biasakan diri anda kerana situasi ini tidak akan berubah. Inilah cara bagaimana Apple dan Tesla menjadi begitu menguntungkan. Mereka mungkin menjual kurang kenderaan, tetapi mampu membuat margin penuh daripada setiap satu jualan berkenaan,” kata Bardwell.

Bardwell menambah, proses pesan dan tunggu adalah perkara baru untuk industri automotif tetapi sudah menjadi kebiasaan dalam sektor lain.

“Fikirkan tentang apa yang orang lakukan apabila mereka membeli sebuah kondominium, apa yang mereka lakukan untuk sofa apabila mereka memilih fabrik dan kemudian perlu menunggu. Tempahan menjadi satu proses biasa,” katanya lagi.

Presiden Absolute Results Productions, sebuah syarikat latihan dan pemasaran automotif Jeff Williams, memberitahu pembuat kereta harus mempunyai pesanan tertunggak selama enam bulan sepanjang masa dan setiap pesanan itu memastikan jualan masa depan mereka.

“Jika anda tidak mempunyai saluran pesanan, anda gagal akan untuk esok,” kata Williams.

Selain itu, pengedar kenderaan akan mendapat manfaat daripada inventori yang lebih kecil kerana mereka tidak lagi memerlukan bilik pameran yang besar dan dapat mengurangkan kos pengangkutan.

Google ads
Back to top button