Buletin

MISI PARKIR 211 PETAK KENDERAAN DI PASAR RAYA.BERJAYA SELEPAS 6 TAHUN!!!

Seorang lelaki melakukan kerja gila dengan mencuba 211 petak parkir di sebuah pasar raya, Sainsbury, Bromley, London, Britain untuk mengira dan mencari tempat letak kenderaan terbaik.

Gareth Wild menghabiskan masa kira-kira enam tahun untuk mencuba kesemua petak parkir terbabit dan menandakannya menggunakan kod diagram berwarna.

Lelaki berusia  39 tahun itu berkata dia akan melakukan pembelian di pasar raya yang sama satu kali seminggu dan ingin mengetahui berapa banyak kotak parkir disediakan untuk para pelanggan.

“Daripada berjalan mengira kotak parkir dan mendedahkan saya seperti orang gila.

“Saya mengambil pendekatan menandakan kotak parkir dengan imej vector menggunakan pandangan dari atas,” tulis Wild dalam akaun Twitternya.

Lelaki itu turut berkongsi projeknya di Twitter dan mendapat sambutan menggalakkan, malah pengikutnya turut mengikuti sebarang perkembangan berhubung tempat letak kenderaan tersebut.

Sepanjang tempoh tersebut, Wild memaklumkan terdapat 11 petak kenderaan yang bagus, manakala 29 lagi perlu dielakkan.

Dia juga menambah, ia menjadi projek bersama anak perempuannya. –carscoops

Google ads
Back to top button