
MISS TOURISM INTERNATIONAL 2013 LAWAT PROTON
Semalam, sekumpulan jelitawan yang juga merupakan finalis pertandingan ratu cantik Miss Tourism International 2013 meluangkan masa melawat Proton Centre of Excellence.
Seramai 60 orang finalis tersebut dibawa ke sana dengan menaiki 22 buah kereta Proton termasuklah model Suprima S dan Prevé yang diketuai oleh sebuah Lotus Evora.
Mereka kemudian dibawa melawat kilang Proton di Shah Alam, sebelum menikmati pengalaman memandu jentera Proton Inspira, Satria Neo dan Lotus di litar ujian di sana.
Sepanjang lawatan tersebut, ratu-ratu cantik itu turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dengan 60 orang anak kakitangan Proton. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada proses penilaian. Peserta yang paling menyerlah akan dianugerahkan gelaran Miss PROTON Elegant pada peringkat akhir Miss Tourism International, 31 Disember depan.
“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan para finalis ini yang mewakili 60 buah negara dari lima buah benua. Kami melihatnya sebagai peluang untuk membawakan dunia kepada Malaysia, tempat asal Proton dan Proton kepada dunia,” kata Ketua Pegawai Operasi Proton, Abdul Rashid Musa.
[hr]Galeri














