Buletin

PERODUA ALZA FACELIFT

Sedia maklum bahawa Perodua Alza merupakan antara model popular Perodua, selain Myvi dan Viva. Saiz kabinnya yang luas, ditambah pula dengan gabungan enjin dan transmisi yang menjimatkan, ia pantas menjadi pilihan utama buat kalangan keluarga muda. 

alza 3

Alza mula dipasarkan pada November 2009 dan memang sudah tiba masanya untuk menerima proses penambahbaikan. Justeru, jika dilihat pada iklan ini, terdapat beberapa ciri baharu yang ditambah pada Alza.

Antaranya ialah penampilan luaran yang lebih sporty. Andai dilihat kepada model Myvi SE, boleh dikatakan bahawa sisi sporty Perodua tidaklah teruk sangat rupanya. Perubahan itu pasti boleh dilihat dengan jelas pada bahagian bampar depan dan belakang, lampu utama serta kedudukan lampu kabusnya.

alza 201

Kelebihan seterusnya dapat dilihat di ruang kabin. Ia kini tampil dengan kemasan dalaman monotone berwarna hitam, sistem ISOFIX pada tempat duduk baris kedua, dan rekaan meter baharu.

Alza kali ini juga ditawarkan dengan sistem multimedia, lengkap bersama navigasi dan kamera mengundur. Sementara perehat tangannya pula hadir dengan kompartmen penyimpanan barang.

alza

Bagi meningkatkan aspek fleksibiliti dan ruang kargo, tempat duduk baris ketiganya kini boleh dilipat secara berasingan. Sesuatu yang baru untuk Alza, MPV kompak itu juga dilengkapi monitor yang dipasang dipasang pada bumbungnya. Besar kemungkinan ini hadir sebagai ciri pilihan.

Iklan ini juga didatangkan dengan tagline “The Alza for Eveyone” (Alza untuk semua orang). Adakah Perodua mengambil pendekatan seperti Proton yang menawarkan model SV dengan harga mampu milik? Sama-sama kita nantikan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button