Artikel Pilihan

MITOS ALAT PENJIMATAN BAHANAPI YANG MENGARUT

Sejak kebelakangan ini, banyak page atau iklan di laman Facebook mengiklankan alatan atau gajet yang didakwa mampu menjimatkan bahanapi kenderaan samaada petrol ataupun diesel.

Iklan yang muncul bak cendawan lepas hujan ini mendakwa mampu menjimatkan bahan api kereta antara 5 – 15% samaada petrol ataupun diesel.

Dalam video yang dihasilkan oleh wartawan permotoran Fifth Gear yang dikongsikan di bawah, terdapat beberapa alat penjimat minyak yang didakwa mampu memberikan penjimatan serta merta kepada pengguna.

Pasukan Fifth Gear mengkaji satu persatu peralatan yang dipasarkan di negara mereka dalam ujikaji terkawal.

Sebagai satu penanda, kereta di dalam video ini mampu memberikan bacaan 49 batu / gelen petrol. Dalam unit SI, nilai ini lebih kurang (78.86km / 3.785liter ) = 20.83 kilometer per liter petrol.

Kereta ini telah dipasang dengan pelbagai alatan yang didakwa mampu menjimatkan bahan api dengan pelbagai teori yang mengalahkan teori relativiti dan kuantum Fizik.

Ujian ini dilakukan di atas dynometer dan dijalankan dalam keadaan terkawal bagi menghilangkan faktor kesilapan manusia. Setiap alat diuji selama 20 minit.

Ujian dilakukan dengan bantuan ECU bagi mengira penggunaan petrol secara tepat dan perisian komputer khas bagi tujuan pengukuran.

Hasil ujian adalah seperti berikut:

1. Magnet yang dipasang pada saluran petrol yang didakwa mampu menjimatkan 15% petrol.

Magnet ini didakwa mampu memecahkan molekul petrol menjadi lebih kecil sebelum pembakaran berlaku. Realitinya, ikatan molekul petrol terdiri dari ikatan elektromagnet yang sangat kuat, dan mustahil untuk dipecahkan.

Selepas dipasang, kereta ini hanya mampu mencatatkan 20.28km/liter. Selepas dipasang dengan magnet, alat ini gagal mengurangkan penggunaan petrol, malah penggunaan petrol MENINGKAT sebanyak 2.64%.

Apa yang dapat disimpulkan ialah alat ini gagal mengurangkan penggunaan petrol, malah jadi lagi teruk pula.

2. Alat penstabil voltan yang dipasang pada plug kuasa 12 volt dengan nama Viabtor dan hanya perlu dipasang pada socket kuasa 12v atau pencucuh rokok.

Penjual mendakwa alat ini mampu menstabilkan voltan di dalam litar eletrik kereta, dan memberikan penjimatan 10%.

Bacaan penggunaan petrol selepas dipasang ialah 20.25km/liter petrol. Bukan sahaja Viabtor gagal menjimatkan petrol, malah penggunaan petrol meningkat selepas dipasang.

Kesimpulan untuk alat ini ialah, lebih baik mendengar menteri “melabun” berkenaan ijazah mereka

3. Alat elektronik kedua Electronic Matching Unit (EMU) yang mendakwa mampu memberikan kuasa letupan bahan api yang lebih kuat di dalam silinder dan penjimatan sehingga 10%.

Bacaan ujian selepas dipasang dengan EMU ialah 20.17 km/liter petrol. Satu lagi produk yang boleh dibakul sampahkan.

4. Magnaflow, alat yang berasaskan magnet yang dipasang pada hos bahan api, merapikan petrol sebelum pembakaran dan mendakwa mampu menjimatkan 23% bahanapi.

Bacaan selepas dipasang, 20.61km/liter. Tambahan alat ini tidak membawa apa-apa perbezaan pada penjimatan bahan api.

5. Alat terakhir mendakwa menggunakan catalyst yang mendakwa mampu meningkatkan kadar reaksi kimia. Alat ini mampu menjimatkan 7-10% bahan api, dan dipasang pada hos bahan api.

Tetapi sama seperti semua alat di atas, tiada perubahan yang direkodkan, malah penggunaan petrol berkurang pada 20.55km/liter. Sedih juga bila anda masih percayakan jurujual di atas talian dan di Facebook

Bagaimana pula dengan tuala wanita yang ditampal pada penutup tangki bahan api?

Sekiranya mendiang Sochiro Honda dan Kiichiro Toyoda melihat gelagat rakyat Malaysia yang percayakan teori tuala wanita ini, pasti mereka akan memancung kepala pemilik kereta ini dengan segera.

Google ads
Back to top button