Artikel Pilihan

KENAPA PANDU KERETA LAJU KUAT MINYAK?

Pernah ke anda terfikir kenapa bila pandu kereta laju-laju, enjin melahap petrol atau diesel dengan cepat? Kalau pandu santai dalam 70km/j atau 80km/j boleh pula jimat kan. Jadi untuk artikel kali ini kami akan mengupas isu ini dengan lebih mendalam dari sudut teknikal. Ye la, tahun depan harga petrol dijangka akan dinaikkan sedikit demi sedikit, jadi kami sarankan anda untuk pandu lebih cermat, lebih jimat minyak dan leboh selamat.

Bila kita bawa kereta secara laju, terdapat 2 faktor utama yang akan menyebabkan penggunaan minyak akan meningkat. Faktor utama ialah kesan aeorodinamik dan tenaga yang diperlukan untuk mengatasi seretan angin pada kelajuan tinggi. Faktor kedua ialah Brake Spesific Fuel Consumption atau bahasa mudahnya berapa amaun minyak yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga dan memastikan kereta terus bergerak

Aeorodinamik adalah cabang kajian mengenai sifat pergerakan bendalir (udara dan air) apabila melalui satu permukaan. Dalam perbincangan ini, permukaan tersebut ialah kereta dan bagaimana sifat pergerakan udara apabila melalui bahagian depan, bawah, atas dan juga belakang kereta. Jika kereta dipandu secara perlahan, (antara 60km/j-80km/j) seretan udara ini terlalu kecil dan boleh diabaikan.

Sebaik sahaja kereta mula dipandu laju melebihi 80km/j, maka daya seretan atau atau aerodynamic force akan mula bertindak pada arah bertentangan dengan pergerakan kereta. Jadi selain digunakan untuk menggerakkan kereta ke hadapan, kuasa enjin digunakan untuk melawan seretan angin tadi. Kuasa enjin yang diperlukan untuk melawan seretan angin tadi boleh dikira berdasarkan rumus berikut:

Secara ringkas p ialah ketumpatan udara, V ialah halaju, A ialah keratan rentas luas permukaan kereta dan Cd ialah ialah pekali geseran berdasarkan bentuk kereta. Jangan risau kerana penulis hanya mahukan pembaca tunpukan nilai halaju V di dalam rumus berikut. Rumus ini menyatakan halaju kereta perlu dikuasa tiga di dalam rumus ini. Bagi memudahkan pemahaman sila rujuk jadual di bawah.

Halaju VHalaju kuasa tiga V3
90729,000
1001,000,000
1101,331,000
1201,728,000
1302,197,000
1402,744,000
1503,375,000
1604,096,000
1704,913,000
1805,832,000

Kesannya ialah semakin laju anda pandu, semakin tinggi kuasa yang diperlukan berdasarkan rumus di atas. Secara tidak langsung ia menerangkan pada halaju tinggi, bahan api dihabiskan untuk mengatasi daya seretan. Satu lagi faktor ialah Brake Specific Fuel Consumption yang disebut sebelum ini.

Bila kita lihat graf di atas, ia memaparkan 3 maklumat penting yang diletakkan pada bahagian paksi kiri (tork), bahagian paksi bawah (RPM Enjin) dan juga penggunaan minyak yang ditunjukkan dengan warna merah ( paling banyak guna minyak), oren, kuning, hijau, biru muda dan biru tua. Bagi enjin 1800cc di atas, ia akan beroperasi paling efisyen pada 2000RPM, menghasilkan 100Nm tork dan menggunakan 240g petrol pada ketika itu.

Jika pemandu bercadang untuk memandu pada halaju yang lebih tinggi seperti 150km/j, sudah pasti ia akan memaksa enjin untuk beroperasi pada RPM yang lebih tinggi bagi menghasilkan tork yang lebih tinggi dan kuasa yang lebih besar iaitu 170Nm tork pada 4000 RPM. Keadaan ini akan memaksa enjin untuk menggunakan 360g petrol.

Jadi keadaan ini akan menyebabkan enjin beroperasi dengan menggunakan petrol yang lebih banyak daripada biasa disebabkan enjin perlu beroperasi pada RPM yang lebih tinggi. Sudahlah terpaksa menggunakan lebih banyak minyak, kuasa yang dihasilkan pula dihabiskan untuk melawan daya seretan yang dihasilkan oleh angin di hadapan kereta. Kalau angin bergerak melawan kereta, maka lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi rintangan angin tersebut.

Mazda CX30

Jika tiada keperluan untuk memandu laju, maka pilihan yang terbaik untuk anda ialah pandu secara berhemah dan perlahan. Semasa memandu uji kereta, penulis akan cuba memandu kereta tersebut secara real life situation iaitu memandu secara cermat, memandu laju, memuatkan barang, penumpang, dan semua aktiviti bagi memberikan purata bacaan petrol yang terbaik berdasarkan situasi sebenar

Tags
Google ads
Back to top button