Buletin

MITSUBISHI ASX CKD

Pagi tadi, pengedar kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasminya telah memulakan program pemasangan tempatan (CKD) model SUV kompak ASX di kilang milik Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur. 

slider dlm (2)

Majlis bersejarah itu dirasmikan oleh Pegawai Eksekutif Kanan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Morikazu Chokki; Naib Presiden Eksekutif MMC, Kozo Shiraji; Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda dan Naib Pengarah Urusan TCMA, Datuk Rosie Tan.

ASX merupakan model CKD pertama MMM selepas mula memasuki pasaran tempatan pada November 2010. Sejak itu, ASX mendapat sambutan memberangsangkan apabila lebih 3,000 unit berjaya dijual.

SONY DSC

Menurut MMM, volum produksi ASX yang dipasang secara kontrak di kilang tersebut adalah sebanyak 5,000 unit setahun. Setakat ini, MMM tidak merancang untuk mengeksport ASX ke pasaran luar, maka model tersebut hanya akan memenuhi permintaan pengguna tempatan.

Langkah menjalankan program CKD nyata selari dengan pelan strategik MMC untuk menumpukan sumber perniagaannya di pasaran-pasaran membangun. ASEAN dan Malaysia dilihat sebagai komponen penting dalam pelan perniagaan New Stage 2016 MMC.

SONY DSC

ASX sebelum ini diimport sepenuhnya dari Jepun dan hanya ditawarkan dalam varian pacuan dua roda (2WD) sahaja. Namun bagi model CKD, MMM menambah satu lagi varian iaitu pacuan empat roda (4WD).

Kedua-duanya dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter. Enjin MIVEC itu berupaya menghasilkan kuasa maksimum 150PS dan tork puncak 197Nm. Kuasa itu kemudian dialihkan ke atas jalan raya menerusi kotak gear CVT INVECS-III enam kelajuan bersama Sports Mode.

SONY DSC

Program CKD membolehkan harga ASX dikurangkan secara signifikan. ASX kini boleh anda miliki pada harga bermula RM114,269 untuk varian 2WD (model CBU berharga RM139,981). Sementara varian 4WD pula berharga RM128,879 (di atas jalan tidak termasuk insurans.

Bagi memudahkan pengendalian di bandar, SUV itu mempunyai nisbah pusingan 5.3 meter. ASX turut dilengkapi pelbagai ciri seperti penggilap cermin dan lampu automatik, kerusi dibalut kulit, navigasi GPS, alat pengsan parkir pada bahagian hadapan dan belakang serta panel instrumen berkontras tinggi.

SONY DSC

ASX 4WD juga menerima kelengkapan tambahan seperti bumbung panoramik, paddle shifter, butang penghidup enjin dan filem solar/keselamatan pada tingkap. ASX dilengkapi tiga beg udara, ABS dan EBD sebagai ciri standard. Bagi model 4WD, sistem Traction Control, Active Stability Control (ASC) dan Hill Start Assist (HAS) telah ditambah.

ASX didatangkan dalam empat warna menarik iaitu hitam, perak, putih dan kelabu. Bagi memberikan ketenangan minda kepada pemiliknya, ASX hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

ASX CKD 1

“Dengan harga dan pelbagai ciri menarik, kami percaya bahawa ASX mampu mendapat maklum balas positif daripada pengguna. Kami mensasarkan untuk menjual 400 unit ASX sebulan dan menguasai 20 peratus segmen SUV saiz sederhana di Malaysia,” kata Oda.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button