Pandu Uji

MITSUBISHI ATTRAGE DILANCARKAN

Satu lagi sedan segmen B ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Kali ini, sedan tersebut datang daripada jenama yang mempunyai rekod cemerlang dalam dunia sukan rali, Mitsubishi Motors Corporation (MMC). 

Brand Ambassadors

Dibangunkan daripada model Concept G4, Mitsubishi Attrage merupakan versi sedan kepada model Mirage. Ia menerima sambutan hangat di Thailand sejak dilancarkan pada awal tahun ini dengan jualan empat bulan terakhir mencecah 10,000 unit.

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yakin Attrage akan mendapat sambutan memberangsangkan sebagaimana yang diterima oleh Mirage. Justeru, MMM meletakkan sasaran untuk menjual 500 unit Attrage sebulan.

Attrage SE variant

“Attrage berbeza kerana ia merupakan sebuah sedan eco yang pertama di Malaysia dan sesuai untuk mereka yang mementingkan alam sekitar. Pelancaran sedan ini adalah selari dengan sasaran MMM untuk menjual 15,000 unit kenderaan pada tahun 2013,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda.

Angka tersebut mewakili penguasaan pasaran sebanyak 4.9% dalam segmen kereta bukan nasional bagi tahun kewangan April 2013- Mac 2014.

SONY DSC

Attrage juga menandakan bahawa MMM menyertai segmen baharu yang belum pernah disentuhnya sebelum ini.  MMM menawarkan Attrage dalam tiga varian iaitu GL (transmisi manual), GS dan SE. Mahu menjadikannya lebih menarik, dua beg udara, sistem brek anti kunci (ABS), EBD dan lampu kabus dipasang sebagai ciri standard.

Attrage GS memiliki ciri kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, but yang boleh dibuka secara kawalan jauh, penyaman udara automatik dan stereng dibalut kulit. Manakala varian SE pula dilengkapi lampu LED DRL, bodykit sports, lapisan cermin kalis haba keselamatan, kerusi kulit dan unit audio double DIN dengan kamera undur.

SONY DSC

Ia menggunakan rangkaian kuasa yang sama dengan Mirage iaitu enjin tiga silinder MIVEC bersesaran 1.2 liter dan pilihan kotak gear manual atau CVT INVECS-III. Enjin kompak dan ringan itu berupa menjana kuasa mencecah 78PS dan tork maksimum 100Nm. Jentera itu juga mampu mencatatkan penjimatan sehingga 21 kilometer bagi setiap seliter petrol berdasarkan kepada New European Driving Cycle (NEDC).

Angka itu dapat dicatat menerusi kombinasi enjin yang cekap, kadar pekali seretan rendah (0.29 sahaja) dan tubuh ringan. Untuk makluman, Attrage hanya seberat 875kg (MT) dan 905kg (CVT).

Attrage SE interior

Ditanya kenapa Attrage menggunakan enjin bersesaran 1.2 liter sedangkan pesaingnya dikuasakan oleh unit enjin 1.5 liter, Pegawai Eksekutif Kanan MMC Jepun, Morikazu Chokki memberitahu Attrage ialah model global. Lagi pun enjin tersebut sudah terbukti memadai untuk memberi kuasa serta menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan.

Kalau berminat, Attrage ditawarkan pada harga bermula RM59,212.50 bagi model GL (MT). Sementara varian GS CVT berharga RM67,978. Model paling lengkap iaitu Attrage SE pula boleh anda miliki pada harga RM75,796 seunit. Berbeza di pasaran Thailand, Attrage ditawarkan pada harga di antara RM40,000 hingga RM50,000 seunit.

Attrage Red GS variant

Semua harga adalah di atas jalan tidak termasuk insurans. Ia hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Sedan yang diimport dari Thailand ini ditawarkan dalam lima warna pilihan iaitu kelabu, putih, perak, merah dan biru.

Bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, MMM kini mengendalikan 58 bilik pameran (40 pusat 3S) dan 47 pusat servis di seluruh Malaysia. MMM juga merancang untuk membuka tiga lagi bilik pameran menjelang akhir tahun kewangan (April 2013-Mac 2014).

[hr]Galeri

 Attrage GL (MT) variantAttrage GS variantDaytime Running LightsDriver's Side Anti Pinch Power WindowsSONY DSCSONY DSCDual Layer Storage SpacePush Start Button

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button