Buletin

INFINITI DI KLIMS’13

Infiniti, jenama kenderaan yang mewah daripada Nissan bakal mempamerkan barisan modelnya buat julung kali di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS’13) dari 15 hingga 24 November 2013. 

Vettel+visits+Farmington+Hills1

Seiring dengan hala tuju jenama yang menekankan aspek prestasi, Infiniti telah bekerjasama dengan Infiniti Red Bull Racing. Kolaborasi ini membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dalam mengembangkan lagi idea dan aspek pengendalian kenderaan.

Kerjasama ini dikukuhkan lagi menerusi pelantikan Sebastian Vettel yang merupakan juara dunia F1 empat kali, sebagai Pengarah Prestasi Infiniti. Vettel memainkan peranan yang aktif dalam perkembangan sedan sports premium Infiniti Q50. Beliau juga akan terus menyumbangkan kepakarannya dalam membangunkan model-model Infiniti pada masa hadapan.

Asia leading photo & video specialized sport agency | The Power of Sport Images | Hong Kong | China |

Infiniti telah mengumum bahawa strategi penggunaan kod nama baru akan diaplikasi pada seluruh model tahun 2014. Model pertama yang diperkenalkan di bawah kod nama itu ialah sedan sports premium Q50 Siri model Infiniti akan menggunakan huruf Q untuk sedan dan coupe. Sementara huruf QX untuk model crossover dan SUV. Kemudian, dua nombor lain akan mewakili hierarki kategorinya.

Model-model yang akan dipamerkan di KLIM’13:  

2014_G_Sedan_SculptedBody

Infiniti Q50                                                                                                     

Sedan premium sports serba baharu Infiniti Q50, menandakan hala tuju rekaan baharu untuk model Infiniti. Q50 adalah gabungan sports saloon model-model Infiniti terdahulu  dan tiga konsep ikonik Infiniti iaitu Essence, Etherea, Emerg-e.

  • Enjin 3.7L V6
  • Transmisi automatik 7 kelajuan
  • Pacuan 4 roda pintar (AWD)
  • Navigasi Infiniti InTouchTMdengan sistem dwi-skrin
  • Direct Adaptive Steering dan Active Lane Control

2014 Infiniti QX70

Infiniti Q70

Infiniti Q70, sedan mewah dengan kombinasi kemewahan moden dan kehalusan kesenian Jepun. Q70 merangkumi semua ciri Infiniti iaitu stail, prestasi, kemewahan, kemahiran seni halus dan teknologi.

  • Enjin 2.5L V6
  • Transmisi automatik 7 kelajuan
  • Pilihan mod panduan standard, sport dan eco
  • Suspensi talan sport
  • Roda aloi aluminium 20 inci

2014_Infiniti_QX60

Infiniti QX70

Infiniti QX70 ialah sebuah crossover yang menggabungkan ciri-ciri sport dan utiliti. Hasilnya, rekaan QX70 mampu mengagumkan dan menarik perhatian dari setiap sudut.

  • Enjin 3.7L V6
  • Transmisi automatik 7 kelajuan
  • Intelligent Brake Assist dengan Forward Collision Warning
  • Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention
  • Sistem Audio Premium 11 pembesar suara Bose®dengan paparan skrin sentuh warna WVGA bersaiz 8-inci

Indian Grand Prix - Friday

Infiniti Red Bull Racing Q100 (RB9)

Dipamerkan untuk pertama kali di Malaysia, RB9 ialah kereta lumba yang membawa Sebastian Vettel merangkul gelaran Juara Dunia F1 untuk kali keempat. Sebelum Grand Prix Amerika yang diadakan di Austin pada 17 November lalu, kereta tersebut telah memenangi 11 perlumbaan dan mencatatkan sembilan posisi pole pada musim 2013.

  • 2.4-liter V8 Max. 18,000rpm
  • Transmisi 7 kelajuan semi automatik
  • Struktur monocoque dengan komposit gentian
Google ads
Back to top button