Motosikal

KEMBAR HONDA GORILLA

Era yang semakin moden dan futuristik sebenarnya banyak mempengaruhi rekaan motor konsep pada masa ini. Bagaimanapun, sesetengah pengeluar motor masih memilih untuk mengekalkan cita rasa retro, seperti Triumph, Ducati dan tidak lupa Royal Anfield.

Honda-Grom-2015-Mekanika (1)

Tidak mahu kalah dengan pengeluar dari Eropah, Honda sedia memperkenalkan model konsep scramblernya pada Tokyo Motor Show (TMS 2015) hujung bulan ini. Model berkenaan digelar Honda Grom 50.

Adik-beradik MSX 125 ini difahamkan hadir menerusi dua model konsep iaitu Grom 50 Scrambler Concept-One dan Grom 50 Scrambler Concept-Two.

Honda-Grom-2015-Mekanika (4)

Honda Grom Concept-One kelihatan lebih konvensional dengan tawaran warna perak bersama suspensi upside down dan ekzos dengan ciri khas scrambler. Rekaan pelananya juga seakan model café racer. Bentuk lampu depan yang bulat membuatkan ia lebih klasik. Rekaannya terlihat seperti kombinasi daripada Ducati Scrambler dan Moto Guzzi V7 racer.

Sementara Grom 50 Scrambler Concept-Two pula masih menggunakan suspensi upside down. Namun perbezaan paling jelas terlihat pada tangki yang lebih sporty dengan warna hijau doff bersama speedometer digital sepenuhnya. Kesan retro nampak kuat pada model yang satu ini.

Honda-Grom-2015-Mekanika (3)

Perbezaan model konsep dengan versi produksi ialah tayar dan enjin. Difahamkan Grom 50 bakal dilengkapi enjin 49cc OHC dan bentuk tayarnya berbunga lebih tebal.

Walaupun informasi yang ada masih lagi terhad, namun penampilan Honda Grom 2015 ini bakal membuatkan pencinta motor kustom menggilainya!

Honda-Grom-2015-Mekanika (2)

Belum diketahui rencana pengeluarannya, nantikan kemunculan model ini pada Tokyo Motor Show 2015 hujung Oktober ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button