Artikel Pilihan

MITSUBISHI GTO/3000GT, KERETA SPORT JEPUN MENDAHULUI ZAMAN

Kalau sebut nama Mitsubishi GTO, mungkin ramai yang tak berapa kenal dengan kereta ini disebabkan model Mitsubishi Lancer lebih popular, leboh menjadi pilihan kaki rali atau untuk perlumbaan trek. Tapi Lancer sebenarnya ada kekangan dari segi saiz, ia tak mampu untuk bersaing dalam kelas yang lebih besar seperti Toyota Supra dan juga Nissan 300Z.

1. Jadi pada tahun 1989, Mitsubishi perkenalkan model konsep semasa Tokyo Motor Show. Model ini dinamakan sebagai Galant GTO atau (Gran Turismo Omologata) atau bahasa mudah kereta lumba untuk kegunaan atas jalan. Halalan toyyiban. Tapi di Jepun ia dijual sebagai Mitsubishi 3000GT

2. Sebab semasa ia diperkenalkan ia menggunakan enjin 3000cc V6 dalam 3 varian samaada SOHC, DOHC dan juga DOHC turbo berkembar. Dah kalau nak lawan Supra atau 300Z, takkan nak masukkan enjin 4 silinder 4G63 kan. Enjin ini akan dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatik, 5 kelajuan manual atau 6 kelajuan manual

3. Enjin 6G72 ini menghasilkan 320 kuasa kuda dan 427Nm tork bagi versi turbo, 222 kuasa kuda dan 278Nm tork bagi versi bukan turbo. OK la kan, tak ada la malu bila nak saing-saing dengan Supra 2JZ. Cuma kelemahan versi awal ialah ia hanya ditawarkan dengan pacuan roda depan sahaja.

4. Ketika itu Supra dan 300Z datang dengan pacuan belakang. Kalau Mitsubishi naikkan kuasa kuda, tayar depan boleh alami masalah torque steer. Jadi penyelesaiannya ialah guna sistem pacuan semua roda AWD yang lebih mencengkam. Jadi pecutan Mitsubishi 3000GT agak ganas jugak la, kurang 5 saat bagi pecutan 0-100km/j

5. Tak cukup dengan sistem All Wheel Drive, jurutera Mitsubishi ketika itu sumbat pula sistem 4 Wheel Steering. Mesti dah jarang dengar kan. Sistem ini ada stering pada semua tayar berbanding dengan kereta biasa hanya ada fungsi stering pada tayar depan sahaja. Hasilnya Mitsubishi 3000GT memang tangkas semasa selekoh, baik laju ataupun perlahan. Cuit saja stering, tau-tau dah lepas selekoh

5. Bagi memastikan kereta ini dipandu dengan lebih baik pada halaju timggi, Mitsubishi 3000GT turut dipasang dengan sistem aerodinamik aktif pada bahagian depan dan belakang. Di bahagian depan sistem ini terdiri daripada skirt getah dan di bahagian belakang ia dipasang dengan spoiler aktif yang boleh mengubah sudut secara automatik

6. Sistem ini juga dikenali dengan nama Active Aero Control System dimana pada halaju 80km/j dan ke atas skirt depan akan dilabuhkan sepanjang 80mm manakala sudut spoiler belakang akan ditambah 14 darjah. Ini memberi kesan pada aerodinamik kereta tanpa menambah seretan. Nilai pekali aerodinamik akan berubah dari 0.1 kepada 0.07 (James Bond)

7. Mitsubishi 3000GT menggunakan suspensi depan topang McPherson dan double wishbone pada bahagian belakang. Tapi yang istimewanya ialah penyerap hentakan pada kereta ini menggunakan sistem aktif dengan 2 tetapan yang boleh dibuat secara elektronik. Sistem ini hanya hadir pada supercar 20 tahun selepas 3000GT dilancarkan

8. Sistem ekzos 3000GT boleh diselaraskan dengan Active Exhaust System. Ini bermakna bunyi ekzos yang terhasil boleh diubah berdasarkan kehendak pemandu samada mode sport atau mode tour semuanya bergantung pada sistem elektronik

Sistem ini beroperasi di bawah 3500 RPM merupakan sistem kawalan injap ekzos dengan bantuan motor dan juga komputer. Apabila injap dibuka sepenuhnya pada mode sport, gas ekzos akan bergerak dengan lancar dan membantu pembakaran dengan sempurna. Dalam mode tour, injap ditutup dan bunyi yang terhasil akan dikurangkan

9. Dari segi rekaan luar, Mitsubishi 3000Gt direka oleh Masaru Suzuki dengan rekaan yang boleh dikatakan mirip supercar dari Itali iaitu Ferrari. Bahagian depan dihiasi dengan lampu pop-up serta spoiler yang besar di bahagian belakang melengkapi 3000GT. Falsafah Mitsubishi ialah hasilkan sebuah supercar GT mampu milik dan pastikan ia dimiliki oleh ramai orang berbanding dengan Ferrari

10. Pada masa yang sama, jurutera juga mahu pastikan yang kereta ini senang dipandu oleh orang kebanyakan. Yang penting boleh kenal pedal klac, minyak dan tombol gear. Sebab itu ketika model konsep Mitsubishi HSR dan HSX dibangunkan, ia menggunakan banyak teknologi dan elektronik bagi membantu tugas pemandu

11. Tapi kelemahan utama Mitsubishi 3000GT ialah sistem yang dipasang pada kereta ini menjadikannya lebih kompleks dan juga lebih berat berbanding dengan pesaingnya yang lain. Walaupun kereta ini canggih, berat kereta ini telah mencecah sehingga 1700kg, kalau dibandingkan dengan Toyota Supra A80 (276 kuasa kuda) tapi dengan berat sekitar 1490kg sahaja

Google ads
Back to top button