MAZDA CX-5 2021 TIBA DI EROPAH. PAPARAN 10.25 INCI, APLIKASI MYMAZDA. TAWAR EDISI KHAS HOMURA
Mazda memperkenalkan versi naik taraf SUV popularnya, CX-5 yang akan mula dijual di pasaran Eropah. CX-5 2021 juga hadir dalam varian edisi terhad Ulang Tahun ke -100 Mazda dan edisi istimewa Homura.
Jentera itu menerima teknologi Human Machine Interface (HMI) yang telah dipertingkatkan untuk menawarkan lebih kemudahan dan keselamatan. Sistem HMI berkenaan melibatkan paparan bersaiz 10.25 inci baharu dan operasi kawalan Commander yang lebih intuitif.
Ia kemudian boleh disambungkan dengan perkhidmatan ketersambungan yang dioperasi melalui aplikasi MyMazda terkini.
Antara ciri yang ada termasuklah kunci kereta dari jaruh, Vehicle Finder, pra-programan destinasi navigasi, laporan kesihatan kenderaan, nombor hubungan pengedar Mazda, bantuan tepi jalan, tempahan servis dan amaran keselamatan.
Rangkaian kuasa pada CX-5 2021 turut menerima penambahbaikan agar lebih jimat dan mesra alam. Ia merangkumi mengoptimumkan operasi pedal minyak untuk kawalan dan respons lebih baik serta transmisi automatik 6-kelajuan yang responsif.
Buat pertama kalinya, pasaran Eropah ditawarkan dengan enjin diesel Skyactiv-D 2.2 liter berkuasa 185PS bersama pacuan roda hadapan.
CX-5 edisi khas Homura hadir dengan ruang kabin berwarna hitam, kemasan benang merah dan rim aloi bersaiz 19 inci.
Diinspirasikan daripada kereta penumpang pertama Mazda, R360 Coupe, CX-5 Ulang Tahun ke-100 tampil dengan warna luaran putih mutiara dan tona burgundy pada ruang kabin. Logo ulang tahun ke-100 juga ditampal pada beberapa bahagianSUV tersebut.
Dilancarkan pada tahun 2012, CX-5 merupakan model pertama Mazda yang memperkenalkan bahasa rekaan Kodo dan teknologi Skyactiv. SUV itu kemudian menjadi model penting Mazda apabila mencatat 35 peratus daripada jualan keseluruhan pengeluar kenderaan Jepun itu.
Sehingga kini, lebih 490,870 unit CX-5 telah terjual di Eropah dan sekitar 3.19 juta unit di seluruh dunia.
- BACA: KERETA KOMPAK SEGMEN B. CITY HATCHBACK VS YARIS VS MAZDA 2
- BACA: MAZDA KOMITED HASILKAN ENJIN YANG LEBIH BAGUS. ENJIN ROTARI AKAN KEMBALI
- BACA: MAZDA LEBIH DIPERCAYAI BERBANDING TOYOTA DAN LEXUS – CONSUMER REPORTS
- BACA: MAZDA CX-8, PENGGANTI ALPHARD/VELLFIRE?
GALERI