Buletin

MITSUBISHI MULA JUAL KEI-KAR EK WAGON & EK X DI JEPUN – ENJIN 660CC, BERMULA RM47K SEUNIT

Model kei-kar yang Mitsubishi bangunkan bersama Nissan dikatakan sudah mula dijual di pasaran Jepun. 

Model tersebut didatangkan dalam dua varian iaitu , eK Wagon dan eK X yang menggantikan eK Custom sebelum ini. Sekali pandang, anda boleh melihat perbezaan rekaan yang sangat ketara di antara kedua-duanya. 

eK Wagon tampil dengan rekaan yang lebih tradisional. Manakala eK X pula kelihatan lebih garang dengan reka bentuk Dynamic Shield pada bahagian hadapan, lampu utama LED yang nipis.

Selain elemen-elemen sebuah crossover seperti kemasan plastik hitam pada arca roda, sil sisi dan bampar.

Ruang kabin pula tidak banyak berbeza. Cuma varian eK X menawarkan lebih banyak piliha aksesori dan personalisasi seperti material dua tona. 

Dibina di atas platform serba baharu yang dihasilkan bersama Nissan, Mitsubishi eK berkongsi menggunakan enji turbo tiga selinder bersesaran 0.66cc sebagaimana yang ditetapkan untuk kei-kar.

Enjin itu berupaya menjana kuasa mencecah 52PS pada 6,400rpm dan tork 60Nm pada 3,600 rpm. Dipadankan dengan transmisi CVT baharu, pelanggan boleh memilih di antara pacuan roda belakang atau semua roda (AWD). 

Ketika eK X dipadankan bersama sistem hibrid ringan, enjin eK Wagon bagaimanapun tidak menerima sebarang naik taraf.

Tidak memberikan sebarang perincian, Mitsubishi hanya menyatakan bahawa sistem itu mampu menawarkan penjimatan bahan api serta prestasi pemanduan yang lebih berkuasa dan lancar.

Kedua-dua model itu turut dilengkapi sistem bantuan pemandu Mi-Pilot yang memastikan pemandu kekal berada di laluan yang betul ketika berada di lebuh raya.

Teknologi tersebut berfungsi membantu mengoperasi pendikit, brek dan stereng untuk mengurangkan keletihan jika terpaksa memandu dalam waktu yang lama. 

Sistem lain yang dipasang termasuklah Active Cruise Control, Lane Keep Assist, Grip Control, Multi Around Monitor dan Lampu Pandang Belakang Digital. 

Di Jepun, eK Wagon ditawarkan pada harga ¥1,296,000 (RM47,730). Manakala eK X berharga ¥1,414,800 (RM52,100) termasuk cukai. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button