Buletin

EXCEED TXL – SUV MEWAH DARIPADA CHERY

Anda masih ingat dengan jenama Chery yang pernah popular dengan model MPV Eastar beberapa tahun lalu? 

Ya betul, Chery sekarang macam dah tak ada di pasaran Malaysia. Tetapi, perkembangannya di China boleh kata agak mengejutkan. 

Abang Japar kata begitu kerana Chery telah pun mengeluarkan satu jenama mewah yang dikenali sebagai Exceed. Model pertamanya, Exceed TXL dilapor sudah dilancarkan di China baru-baru ini.

Model konsepnya diperkenalkan pada acara Frankfurt Motor Show 2017 dengan nama Chery Exceed TX. Untuk perbandingan, model ini hampir sama dengan Kia Sorento. 

Kalau diteliti, Exceed TXL memang cantik dan mewah walaupun ia seakan mengambil inspirasi beberapa model SUV terkenal.

Mujur juga hasil akhirnya tidak nampak pelik. Di China, ia akan bersaing secara langsung dengan satu lagi sub jenama di bawah Great Wall, WEY serta Lynk & Co 01. 

Menjadi model pertama Exceed, TX/TXL dibina di atas platform Chery M3X. Jentera itu digerakkan oleh enjin 1.6 turbo berkuasa 215hp dan tork 290Nm yang kemudian dipadankan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan. 

Exceed TXL tampil menarik dengan rekaan gril besar, sepasang lampu utaa yang nipis serta kemasan krom pada bahagian hadapan dan belakangnya. 

Sama seperti SUV lain di China, jentera itu didatangkan dengan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci pada konsol tengah dan paparan instrumentasi digital sepenuhnya. Ia turut dilengkapi Baidu Apollo IOV OS , satu sistem AI (kepintaran buatan) yang pertama dipasang pada kenderaan di dunia.

Ia merangkumi arahan suara, pengecaman wajah, pemantauan kepenatan, navigasi AE, HMI, ketersambungan di antara kereta dan kediaman serta keselamatan pintar. 

Selain itu, pelanggan boleh memilih beberapa ciri yang ada ditawarkan seperti kawalan jelajah adaptif, sistem brek kecemasan automatik, sistem menghalang pelanggaran, kamera 360 darjah dan rim bersaiz 19 inci.  

SUV itu akan dijual secara rasmi pada pertengahan tahun ini. Tetapi, pelanggan sudah boleh melihatnya secara dekat di beberapa bilik pameran terpilih. 

Varian teratas Exceed TXL yang anda boleh lihat pada foto ini ditawarkan pada harga bermula 150,000 yuan (RM91,250) seunit. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button