Buletin

MITSUBISHI OUTLANDER PHEV 2023 – DARI RM185K DI AMERIKA SYARIKAT

Menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Amerika Syarikat, Mitsubishi mendedahkan lebih banyak perincian berkenaan model SUV plug-in hybrid terbaharu mereka, Mitsubishi Outlander PHEV 2023.

Unit trenkuasa hibrid itu terdiri daripada enjin 2.4 liter dan dua motor elektrik di mana angka kuasa gandingan adalah sekitar 248 hp dan daya kilas 450 Nm.

Pek bateri 20 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 61 km, berbanding 39 km pada model terdahulu.

Sebagai sebuah SUV PHEV, Outlander ini turut menyokong pengecasan pantas yang membolehkan pengecasan sehingga 80 peratus dicapai dalam masa 38 minit sahaja.

Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 56 liter, yang membolehkan perjalanan sejauh 676 km untuk setangki penuh.

Ia akan mula dilancarkan di Amerika Syarikat sebelum diperluaskan ke pasaran lain, dengan harga jualan bermula dari $39,845 (RM184,702). – Carscoops

Google ads
Back to top button