Buletin

MITSUBISHI PAJERO FACELIFT 2015

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) semalam memperkenalkan model Mitsubishi Pajero yang telah ditambah baik.

Mitsubishi-Pajero-2015-mekanika (10)

Model facelift itu bukan sahaja tampil dengan rekaan luaran dan dalaman lebih mewah, malah proses naik taraf turut melibatkan aspek keselamatan.

Mitsubishi Pajero 2015 kini hadir dengan rekaan bampar hadapan baharu yang merangkumi gril lebih maskulin, lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu kabus bersama perumah berwarna krom.

Mitsubishi-Pajero-2015-mekanika (5)

Di bahagian belakang pula, penutup tayar gantian dan ruang meletak nombor plat telah direka semula.

Diimport sepenuhnya dari Jepun, Mitsubishi Pajero facelift ini ditawarkan pada harga RM291,177 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans). Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu putih, kelabu dan perak. Pemilik juga diberikan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Mitsubishi-Pajero-2015-mekanika (1)

Akses ke dalam kabin lebih mudah dengan kunci yang baru. Pemandu dan penumpang hadapan dialu-alukan dengan kemasan kayu serta metalik yang premium pada papan pemuka.

Bagi menawarkan kualiti sistem bunyi terbaik, Mitsubishi Pajero dilengkapi sistem audio Rockford dengan 12 unit pembesar suara yang turut merangkumi satu paparan skrin bersaiz 9 inci.

Mitsubishi-Pajero-2015-mekanika (2)

Keselesaan dalam SUV tujuh tempat duduk ini dipertingkatkan lagi dengan kerusi dibalut kulit, corong pendingin hawa untuk penumpang belakang dan banyak lagi.

Mitsubishi Pajero 2015 dijana oleh unit enjin V6 bersesaran 3.8 liter. Enjin enam silinder dengan sistem Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control (MIVEC)  itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 250PS dan tork 329Nm. Ia kemudian  dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan automatik INVECS-II.

Mitsubishi-Pajero-2015-mekanika (6)

Kuasa daripada enjin dialihkan ke permukaan jalan menerusi sistem pacuan empat roda Super Select yang menjanjikan cengkaman terbaik di atas apa jua permukaan jalan.

Maklumat lanjut mengenai Mitsubishi Pajero baharu, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ kami di laman Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button