Pandu Uji

LEXUS RC-350 & RC-F COUPE

Lexus Malaysia semalam melancarkan dua model terbaharunya iaitu Lexus RC-350 dan RC-F. 

SONY DSC

Disifatkan sebagai model coupe berprestasi tinggi Lexus, RC turut mempamerkan reka bentuk yang sarat sentuhan halus dan beremosi yang tidak pernah disaksikan pada kereta Lexus sebelum ini.

Pengenalan dua model itu turut menandakan bahawa Lexus kembali menyertai segmen kenderaan sport mewah di Malaysia. Bakal bersaing dengan model-model seperti Audi A5 dan BMW 4 Series, ini merupakan kali pertama Lexus Malaysia menawarkan dua model sekali gus bagi segmen kenderaan sport coupe.

Lexus-RC-350-mekanika (4)

“Lexus RC menandakan permulaan baru bagi Lexus Malaysia. Kami amat berbangga untuk menawarkan satu daripada kereta coupe terbaik yang ada dalam pasaran global kini kepada pelanggan di Malaysia,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Kedua-duanya dilengkapi lampu utama multi-LED dengan lampu nyalaan siang (Daytime Running Lights), termasuklah untuk pancaran lampu paras rendah dan tinggi. Lampu utamanya menampilkan reka bentuk tajam dan jelas, sekali gus mencerminkan  kompleksiti penggayaan yang menjadi taruhan utama Lexus. 

Lexus-RC-350-mekanika (6)

Reka bentuk RC-350 menawarkan ketinggian visual dengan kedudukan dan profil badan yang rendah. Badannya yang lebar menjadikannya kelihatan tegap, di samping jarak antara roda yang pendek serta tayar berdiameter besar.

Disifatkan sebagai coupe 2+2 sebenar, RC-350 menawarkan keselesaan optimum bagi pemandu dan penumpang hadapan, dengan ruang yang secukupnya untuk penumpang belakang.

SONY DSC

Ruang dalaman RC-350 menonjolkan keseimbangan antara sentuhan sport dan kemewahan. Tempat duduk kulit yang ada digarap menggunakan kaedah ‘foaming’ bersepadu seperti yang ditawarkan pada model IS F-Sport 2013, memberikan keselesaan dan sokongan maksimum.

Konsol tengah pula menerapkan rekaan dalam lapisan yang menjadi ciri rekaan unik Lexus dalam mencerminkan kemewahan ruang kabin.Di bahagian konsol tengahnya, terletak sebuah jam analog yang memberikan pernyataan tersendiri jenama Lexus sebagai sebuah kereta mewah yang direka dengan penuh perincian.

refined-finesse

Ruang dalaman RC-F pula sama sekali jauh berbeza. Ia menerapkan ciri dan sentuhan sporty dan elegan untuk menyerlahkan imejnya sebagai sebuah kereta sport unik, dengan meter yang mewarisi rekaan yang terdapat pada model LFA.

Kedua-dua model berkenaan dilengkapi sistem audio Mark Levinson dengan pembesar suara beresolusi tinggi yang menawarkan pengalaman audio 360 darjah di dalam kabin. Ciri baru yang diperkenalkan pada kedua-duanya ialah ‘RTI Touchpad’. Ia berfungsi  sebagai skrin paparan dan kendalian sistem multimedia kenderaan dengan maklum balas kawalan lebih baik.

Lexus-RC-F-mekanika (7)

RC-350 dikuasakan oleh enjin 3.5 liter V6 yang digandingkan dengan sistem transmisi Sports Program Direct Shift lapan kelajuan. Ia memberikan kelancaran pemanduan dan mampu mencapai kelajuan 0-100kmj dalam masa 6.3 saat. Selain mampu mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 230km/j. Pada masa yang sama tetap menawarkan penjimatan bahan api.

Jika RC-350 direka untuk lebih mementingkan kemewahan dan teknologi kepada penumpangnya, RC-F pula menjadi sebuah kereta yang sarat dengan kuasa dan prestasi.

Lexus-RC-F-mekanika (9)

Enjin V8 pada RC-F merupakan enjin paling berkuasa pernah dibangunkan oleh Lexus. Ia merekodkan 12 peratus lebih kuasa berbanding enjin IS-F, yang menjadi asas pembangunannya. Teknologi kitaran Atkinson juga membolehkan model ini mencapai penggunaan bahan api yang hampir sama dengan model RC dalam kelajuan malar (cruising).

“RC-350 bukanlah sebuah model biasa bagi Lexus. Ia menandakan kehadiran satu pendekatan reka bentuk baru bagi model sport keluaran Lexus. Dengan menampilkan kelengkapan dan kehalusan buatan, ia mengekalkan identiti khas Lexus melalui rekaan gril, di samping mengetengahkan ciri aerodinamik dan profil keseluruhan yang lebih kemas.

Lexus-RC-F-mekanika (2)

“Sementara RC-F pula menganjak jenama ini ke satu tahap baru dengan imej maskulin dan tegap, termasuk komponen gentian karbon yang digunakan,” tambah Datuk Ismet.

Selari dengan langkah melebarkan rangkaian jenama ini bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, syarikat akan membuka cawangan Lexus di Melaka bulan hadapan. Ini menjadikan jumlah cawangan keseluruhan Lexus kini kepada lapan cawangan, bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Lexus-RC-F-mekanika (5)

Tempahan bagi kedua-dua model itu sudah dibuka pada 5 September lalu. Anda boleh memiliki RC-350 pada RM526,000 manakala RC-F pula ditawarkan pada harga RM782,000 seunit.
[hr]GALERI

Lexus-RC-350-mekanika (3)Lexus-RC-350-mekanika (7)Lexus-RC-350-mekanika (8)Lexus-RC-350-mekanika (9)Lexus-RC-350-mekanika (10)Lexus-RC-350-mekanika (11)Lexus-RC-350-mekanika (14)Lexus-RC-F-mekanika (1)Lexus-RC-F-mekanika (4)SONY DSCSONY DSCSONY DSC

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button