Buletin

MODEL ASAL BENTLEY T SERIES KEMBALI SEMULA KE BENTLEY DI CREWE

Bentley T-Series tertua di dunia, sebuah saloon standard dengan warna Shell Grey, telah kembali ke Crewe selepas 59 tahun. Ditauliahkan semula secara terhormat dengan mengekalkan kebanyakan komponen asal dan peralatan seperti sedia ada, ia mengambil tempatnya di dalam barisan Koleksi Warisan Bentley bagi kereta jalan raya disamping kereta lumba yang bersama-sama menggambarkan semua 105 tahun sejarah Bentley.

Bentley T-Series yang tertera nombor casis T-Series SBH1001 telah digunakan sebagai kereta percubaan syarikat dan dipaparkan dalam liputan akhbar ketika majlis pelancaran model ini di Paris Salon de l’Auto pada tahun 1965 dan telah didaftarkan secara rasmi pada 28 September 1965.

Apabila ditemui di bawah kain penutup dalam ruang simpanan, kereta itu tidak lagi digunakan selama beberapa dekad dan telah kehilangan beberapa bahagian utama – termasuk keseluruhan bahagian dalam kabin. Dan sebagai sebuah model Bentley T-Series yang pertama, kisah ini barangkali setara dengan model daripada Rolls Royce Silver Shadow yang memungkinkan ianya untuk kembali ke keadaaan asal sebaik mungkin.

Elemen penting untuk menghidupkan semula Bentley T-Series ini sudah tentulah enjin V8 yang bersesaran 6.23 liter ternyata masih lagi berada dalam keadaan yang sangat baik. Enjin tersebut masih lagi dihidupkan setelah servis menyeluruh dilakukan. Begitu juga dengan kotak gear hanya memerlukan beberapa pelarasan kecil. Gandar belakang juga berada dalam keadaan baik dan hanya memerlukan pengedap baharu.

Pun begitu, sebenarnya pasukan Bentley turut mengalami beberapa kekangan dan cabaran untuk membina semula Bentley T-Series daripada pendawaian termasuklah juga kehilangan pada papan pemuka model ini.

Malah, masalah besar turut membabitkan hakisan pada subframe belakang serta kualiti pembaikan bermutu rendah akibat kemalangan. Untuk mencari peralatan gantian juga satu masalah hingga memerlukan mereka mendapatkan bantuan alat ganti daripada beberapa model yang sama dan sudah tidak upaya lagi untuk diselamatkan.

Setiap butiran telah dibincangkan dan diteliti, hingga ke logo (Rolls-Royce) yang betul pada tali pinggang keledar dan juga cermin pandang sisi.

Dan setelah kira – kira 18 bulan kerja baik pulih yang cukup teliti di pusat pakar Bentley P&A Wood, Bentley T-Series ini kembali seperti baru, sama seperti ketika ianya mula – mula menemui masyarakat umum pada tahun 1965. Cantik.

Masanya untuk Bentley T-Series ini dipertontonkan semula dalam keadaaan asal untuk berada disamping model koleksi Bentley yang lain di Crewe, England. Yang pasti ianya kini masih mampu untuk bergerak semula atas jalanraya tanpa masalah.

BACA : BERAKHIRLAH SUDAH ERA ENJIN BUATAN TANGAN BENTLEY W12

BACA : BENTLEY BENTAYGA APEX EDITION – 20 UNIT SAHAJA DALAM DUNIA. SUPER RARE NI

Google ads

B K

Back to top button