BuletinMotosikal

MOTO2 MISANO: AKSI BODOH ROMANO FENATI YANG BOLEH MERAGUT NYAWA

Dalam perlumbaan pusingan Moto2 di Misano semalam, lagak gila seorang pelumba telah hampir menyebabkan seorang pelumba lain hampir menemui kecelakaan.

Pelumba yang dimaksudkan ialah Romano Fenati. Beliau dengan sengaja menarik tuil brek motosikal Stefano Manzi secara tiba-tiba ketika kedua-duanya sedang berebut untuk masuk ke selekoh kiri di T8.

BACA: 15 TAHUN DULU, MOTOGP LEBIH ROMANTIK

Tindakan tersebut menyebabkan Manzi hampir terbabas. Kelihatan jelas, roda hadapannya terkunci beberapa ketika, namun nasib baik Manzai dapat mengawal dan meneruskan perlumbaan.

Ternyata, tindakan bodoh Fenati itu mendatangkan amarah kepada sesiapa sahaja. Ia pantas mendapat perhatian pengarah perlumbaan dan serta-merta Fenati dikenakan black flag, beliau terus dihalang dari meneruskan perlumbaan.

Tidak dapat dipastikan apakah yang sedang bermain di fikiran Fenati ketika itu. Adakah beliau sengaja mahu memperlahankan saingannya? atau memang sengaja mahu menjatuhkan lawannya?

Apa juga matlamat belau, tindakan tersebut dianggap sangat berbahaya. dan menghalangnya meneruskan perlumbaan adalah tindakan yang sangat wajar.

Tapi

Adakah ia mencukupi?

Ternyata FIM tidak mahu insiden ini berulang lagi. Dalam pengumuman terbaru, Fenati dikenakan hukuman digantung dua pusingan perlumbaan (Aragon dan Motegi)

Cukup?

Kami rasa tidak. Beliau seharusnya digantung perlumbaan 500 tahun.

Sebab ia tindakan yang betul-betul bodoh dan berbahaya!

Google ads
Back to top button