Motosikal

MOTOGP MISANO 2020: MORBIDELLI JUARA. BAGNAIA BUAT KEJUTAN. ROSSI KENA POTONG TANG KONAR

Pelumba pasukan Yamaha SRT, Franco Morbidelli mempamerkan tunggangan mantap apabila menjuarai MotoGP Misano sebenar tadi.

Dia yang bermula di petak kedua dilihat selesa memimpin perlumbaan sejak awal perlumbaan lagi. Jauh meninggalkan pesaing yang lain, persaingan untuk menduduki tempat kedua sebenarnya lebih mengujakan.

Pelumba pasukan factory Yamaha, Valentino Rossi terpaksa berdepan cabaran sengit apabila dikejar oleh beberapa pelumba lain. Paling menyerlah ialah Francesco Bagnaia yang berjaya memotong Rossi ketika perlumbaan berbaki empat pusingan.

Pelumba yang mewakili pasukan satelit Ducati, Alma Pramac Racing itu menunjukkan tunggangan matang dan berhati-hati, biarpun diasak oleh Rossi, serta dua pelumba Esctar Suzuki, Joan Mir dan Alex Rins.

Namun, Rossi terpaksa menelan rasa kecewa apabila gagal mengekalkan kedudukan ketiga selepas dipintas oleh Joan Mir pada saat-saat akhir.  

“Saya masih memproses kemenangan dan ingin menikmati momen ini. Terima kasih kepada pasukan orang di sekeliling saya yang membantu saya selama ini,” kata Morbidelli yang pertama kali menjuarai saingan MotoGP.  

Biarpun Misano memberi pengalaman manis buat Morbidelli, tetapi rakan sepasukannya, Fabio Quartararo gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh.

Bukan itu sahaja, keputusan di Misano membuatkan Quartararo kini berada di tempat kedua dalam senarai juara dunia di belakang Andrea Dovizioso dengan 70 mata.

Google ads
Back to top button