Buletin

MOTUL MALAYSIA LANCAR ECO-TECH 5W30 – PELINDUNG CANGGIH UNTUK ENJIN TURBO MODEN

Motul, jenama antarabangsa yang terkenal dalam bidang pelincir berprestasi tinggi, melancarkan produk terbaharunya, Motul Eco-Tech 5W30, minyak enjin 100 peratus sintetik yang dirumus khas bagi memenuhi keperluan enjin Turbocharged Gasoline Direct Injection (TGDI).

Direka untuk menahan suhu dan tekanan tinggi yang terhasil daripada sistem turbo moden, Motul Eco-Tech 5W30 menawarkan keseimbangan terbaik antara prestasi, ketahanan serta nilai yang praktikal buat pemandu di Malaysia.

Dalam pasaran automotif tempatan kini dibanjiri dengan model berteknologi turbo, termasuk Proton X50, Proton X70, Chery Omoda 5, Chery Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro, Jaecoo J7, Haval H6 dan GAC GS3 – permintaan terhadap minyak enjin yang mampu melindungi sistem TGDI semakin meningkat.

Lebih-lebih lagi apabila sebahagian besar kenderaan ini mula keluar daripada tempoh jaminan kilang, pengguna kini beralih kepada pilihan minyak pelincir pasaran selepas jualan yang diyakini.

Motul Eco-Tech 5W30 dibangunkan dengan teknologi perlindungan lanjutan terhadap Low-Speed Pre-Ignition (LSPI), masalah lazim pada enjin TGDI yang boleh menyebabkan kerosakan akibat pembakaran awal pada kelajuan rendah, terutama ketika pemanduan bandar dengan fungsi mula-henti.

Minyak enjin ini turut mematuhi piawaian antarabangsa API SP dan ILSAC GF-6A, menjadikannya sesuai untuk enjin moden yang memerlukan kecekapan bahan api tinggi dan tahap emisi yang rendah.

Antara kelebihan utama Motul Eco-Tech 5W30:

  • Perlindungan Enjin Turbo Menyeluruh: Melindungi komponen utama enjin TGDI daripada tekanan dan suhu tinggi yang terhasil ketika operasi turbo.
  • Kestabilan Terma dan Rintangan Pengoksidaan: Menjamin prestasi konsisten walaupun dalam keadaan pemanduan ekstrem atau selang penukaran minyak yang panjang.
  • Pencegahan LSPI: Mengurangkan risiko pencucuhan awal yang boleh merosakkan enjin ketika kelajuan rendah.
  • Penjimatan Bahan Api & Mesra Alam: Meningkatkan kecekapan penggunaan petrol sambil mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Motul Eco-Tech 5W30 kini boleh didapati di semua pengedar sah, bengkel terpilih serta platform e-dagang rasmi Motul di seluruh negara.

Didatangkan dalam botol 5 liter – jumlah ideal untuk kebanyakan enjin turbo, pengguna tidak perlu lagi mencampur atau membeli tambahan.

Bagi meraikan pelancaran rasmi ini, Motul Malaysia turut menawarkan promosi istimewa untuk tempoh terhad di semua lokasi pengedar sah.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan disarankan mengunjungi pusat jualan Motul berdekatan dan alami sendiri perlindungan canggih yang ditawarkan oleh Motul Eco-Tech 5W30.

Google ads
Back to top button