Buletin

AKHIRNYA ASTON MARTIN VALKYRIE SUDAH MERAIH PODIUM DI PERLUMBAAN IMSA

Model kereta hiper Aston Martin Valkyrie akhirnya berjaya membuktikan bahawa ianya adalah sebuah jentera lumba yang kompetetif dan laju apabila akhirnya berjaya mendapatkan podium dengan menduduki tempat kedua keseluruhan di Motul Petit Le Mans at Road Atlanta , perlumbaan penutup untuk IMSA WeatherTech SportsCar Championship (IMSA) hujung minggu lalu.

Keputusan itu, yang diraih oleh pasukan Aston Martin Thor , merupakan keputusan terbaik oleh daripada jentera Aston Martin Valkyrie suatu ekspresi perlumbaan tulen dari kereta hiper terbaik dunia.

Keputusan ini diperoleh selepas 10 jam perlumbaan yang mendebarkan di litar ikonik berhampiran Braselton, GA. Ia merupakan podium langsung pertama untuk Aston Martin dalam IMSA, dan yang pertama untuk kereta hiper daripada model jalanan yang turut beraksi dalam kelas teratas GTP.

Jentera lumba Aston Martin Valkyrie ini Valkyrie telah pun menjadi buah mulut pada hari Khamis dengan mendahului catatan masa dalam sesi rasmi IMSA buat kali pertama apabila juara IMSA GTD 2022 Roman De Angelis (CAN) menjadi yang terpantas dalam latihan malam. Ini diikuti oleh rakan sepasukan Ross Gunn (GBR) meraih keputusan kelayakan terbaik jentera tersebut setakat ini dengan tempat kelima pada hari Jumaat.

De Angelis dan Gunn, pemandu regular untuk musim IMSA bagi pasukan Aston Martin Thor ini, telah menyertai perlumbaan di Petit Le Mans bersama Alex Riberas  sebahagian daripada barisan pemandu untuk pasukan Aston Martin Thor bagi FIA World Endurance Championship (WEC) Team yang juga merupakan pemenang berbilang perlumbaan dalam kelas GTD IMSA.

Ketiga-tiga mereka memandu dengan hebat dan disokong oleh beberapa panggilan masuk yang strategik yang bijak daripada krew pit, membawa jentara Aston Martin Valkyrie #23 ke tempat podium dengan dua jam lagi.

Strategi membabitkan pit-stop masih lagi diatur untuk membuat pitstop terakhir dengan baki 50 minit lagi,  bagi membolehkan De Angelis memandu memecut laju secara maksimum hingga tamat perlumbaan.

Ternyata jentera lumba Valkyrie ini yang dibangunkan secara langsung daripada model jalanan Aston Martin Valkyrie untuk berlumba dalam siri IMSA atau pun WEC ini mempunyai potensi yang cukup besar dan mampu menang dalam perlumbaan walau pun dalam jangka waktu yang cukup singkat.

BACA : ASTON MARTIN VALKYRIE RAIH KEPUTUSAN TERBAIK DI 6 HOUR OF FUJI

BACA :ASTON MARTIN VALKYRIE LM – PELUANG UNTUK MILIKI KERETA LE MANS SEBENAR

Google ads

B K

Back to top button