Buletin

MUDAH.MY RAI ULANG TAHUN KE-16, PERKENAL LOGO SERTA CIRI-CIRI BAHARU DI LAMAN WEB

Sempena ulang tahun ke-16, Mudah.my, Mudah kini terus melangkah ke hadapan bagi menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna termasuk, mengubah antara muka grafik serta ciri-ciri di laman sesawangnya.

Mengenai perubahan reka bentuk mascot dan logo baharu Mudah, perubahan ini selaras dengan misi Mudah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai supaya menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan utama.

Menurutnya, pembaharuan logo turut mengambil kira penambahbaikan reka bentuk logo untuk kategori teras seperti Mudah Auto, Mudah Property (Hartanah), Mudah Jobs (Kerjaya) & perkhidmatan.

Logo baharu kini mencerminkan nilai kakitangan syarikat yang berdedikasi dengan rekaan lebih minimalis, menekankan komitmen syarikat terhadap inovasi, kreativiti, dan pemikiran ke hadapan.

Selain itu, Mudah.my turut teruja untuk mengumumkan ketibaan maskot kucing baharu mereka. Maskot kucing yang menawan dan gebu ini menjadi wajah baharu jenama tersebut dan akan digunakan dalam semua bahan pemasaran serta pengiklanan pada masa hadapan.

Mudah.my turut menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna tempatan melalui segmen Auto dan Hartanah di samping menjamin kepercayaan serta kredibiliti mereka dalam era digital ini.

Terdapat beberapa ciri utama bagi setiap segmen termasuk pelancaran besar-besaran hab kelima Mudah Auto yang terbesar di Shah Alam baru-baru ini.

Ia direka untuk menyediakan pengalaman membeli dan menjual kereta yang revolusioner kepada pelanggan.

Setiap kenderaan yang disahkan telah menjalani proses pemeriksaan 180 poin dengan jaminan sekurang-kurangnya setahun, bagi dapat meyakinkan pelanggan untuk membeli kereta idaman mereka.

Di samping itu, Hab Mudah Auto Shah Alam juga berfungsi sebagai pusat utama bagi individu yang ingin menjual kenderaan mereka dengan mudah.

Selain Shah Alam, cawangan Mudah Auto juga tersedia di empat wilayah – Lembah Klang, Ipoh, Pulau Pinang, Kedah, Johor, dan Melaka.

Seterusnya, Mudah Property (Hartanah) pula membolehkan rakyat Malaysia mencari rumah idaman mereka di halaman direktori apartmen dan bangunan baharu.

Halaman baharu ini memberikan maklumat terperinci kepada pengguna tentang setiap hartanah, melihat gambaran menyeluruh tentang butiran penting seperti kemudahan, sekolah berdekatan, dan pengangkutan awam.

Sebagai salah satu pasaran digital terbesar di Malaysia, Mudah.my juga menyedari mengenai ancaman yang dihadapi oleh para pengguna dan komuniti Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kempen terbaharunya, #MudahDanSelamat, pengguna boleh melayari pautan laman sesawang Semak Mule PDRM untuk menyemak sama ada akaun bank yang mereka terima terlibat dengan sebarang aktiviti mencurigakan.

Tambahan, sistem Automated Advanced Queuing Mudah.my menyemak setiap iklan menggunakan kedua-dua Kecerdasan Buatan (AI) serta semakan manual untuk mengesan peranti penipu.

Bukan itu sahaja, ciri SafeDeal membolehkan pembeli menempah barangan dan membayar dengan selamat atau wang akan dikembalikan 100 peratus.

Oleh itu, ia dapat meningkatkan ketelusan dan seterusnya menjalin kepercayaan antara pembeli serta penjual.

Muat turun aplikasi Mudah.my atau layari www.mudah.my untuk maklumat lanjut berkaitan pasaran Perdagangan Semula terbesar di Malaysia.

Google ads
Back to top button