
MULTI LANE FAST FLOW (MLFF) BAKAL DILAKSANAKAN MENJELANG 2025 – MENTERI KERJA RAYA
Menteri Kerja Raya baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat rundingan dengan syarikat konsensi lebuh raya untuk melaksanakan sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF).
Pada tahun 2021, institusi kerajaan dan swasta memberitahu MLFF sedang diuji di mana Green Packet Bhd menjalin kerjasama dengan FETC International Co. (FETCi) Taiwan untuk mengumpul data.
Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bertemu dengan pemegang konsesi jalan-jalan tol utama. Beliau berkata, semasa perbincangan itu, semua wakil rakyat pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan sistem tersebut.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa butiran yang perlu diselaras bagi memastikan sistem ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Mengulas mengenai pelaksanaan MLFF, Alexander berkata, “perancangan itu dijangka dapat dilaksanakan lebih awal berbanding jangkaan 2025 termasuk melihat contoh beberapa negara lain yang sudah merelisasikan sistem berkenaan.”
Tambahnya lagi, Kementerian Kerja Raya akan mempercepatkan rundingan bersama Kementerian Kewangan (MoF) untuk memperkenalkan MLFF bagi memberi pilihan kepada pengguna dan mengurangkan kebergantungan terhadap sistem sedia ada.
Jika sistem MLFF dilaksanakan kelak, ia bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga membolehkan anda mengurangkan jumlah masa pemanduan. – Automachi
- BACA: ALZA BAWA 11 PATI REMPUH PALANG TOL GOMBAK
- BACA: BAS PERSIARAN TERBAKAR 100% DI PLAZA TOL UPM, 44 PENUMPANG SELAMAT
- BACA: PEMANDU MERCEDES-BENZ A-CLASS KANTOI TAK BAYAR TOL SEBANYAK 45 KALI, TUNGGAKAN RM275.65
- BACA: KADAR TOL LEBUH RAYA BESRAYA DAN LEKAS TURUN MULAI TENGAH MALAM INI, JIMAT SEHINGGA 50 SEN







