
MENANGI CBR250RR, CBR150R DAN ADV160 DENGAN PERADUAN ‘BUY HONDA WIN KAW KAW!”
Boon Siew Honda menawarkan hadiah lumayan kepada pembeli motosikal Honda baharu 160cc ke bawah menerusi peraduan “Buy Honda Win Kaw Kaw!” yang bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2023.
Antara hadiah ditawarkan ialah Honda CBR250RR, Honda Forza, Honda CBR150R, Honda ADV160 serta banyak lagi hadiah bernilai lebih RM999,999.
Untuk menyertai peraduan ini, caranya mudah. Anda cuma perlu mengambil gambar paling kreatif dengan motosikal Honda baharu anda dan muat naik ke Facebook atau Instagram.
Seterusnya, masukkan hashtag #BuyHondaWinKawKaw di hantaran kemudian tag @Honda Motosikal Malaysia.

Kemudian, jangan lupa isi google form dengan butiran seperti nama penuh mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat surat menyurat, nombor pendaftaran motosikal dan pautan hantaran Instagram atau Facebook.
Pengumuman gambar paling kreatif peraduan #BuyHondaWinKawKaw akan diumumkan pada 13 Mac dan 17 April 2023 di Laman Facebook Honda Motorcycle Malaysia.
Butiran lanjut mengenai peraduan boleh didapati di https://boonsiewhonda.com.my/en/buy- honda-win-kaw-kaw/
- BACA: BOON SIEW PERKENAL HONDA CBR150R EDISI REPSOL. TERHAD 800 UNIT, BERMULA RM13,499
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X EDISI REPSOL. TERHAD 5,000 UNIT SAHAJA, BERMULA RM9,948
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR DASH125 2022. 3 WARNA PILIHAN, EURO4, HARGA SEUNIT RM6,449
- BACA: BOON SIEW HONDA DEDAH WARNA BAHARU CB650R, CBR650R. HARGA BERMULA RM43,499