TERLALU LETIH, RIDER E-HAILING MENINGGAL DUNIA KETIKA HANTAR BUNGKUSAN
Seorang penghantar bungkusan dilapor meninggal dunia ketika menghantar bungkusan kepada pelanggan di Indonesia.
Insiden yang dikongsi oleh akaun Twitter @arifnovianto_id itu menjadi perhatian pengguna Twitter, dengan mencatat lebih 2 juta tontonan.
Menurut rakan-rakan Allahyarham, lelaki itu meninggal dunia akibat keletihan selepas bekerja berjam-jam di bawah terik matahari.
“Keadaan kerja yang teruk dan kekurangan perlindungan menjadikan mereka terdedah kepada bahaya,” tulis pengguna itu.
Mereka turut melampirkan gambar penunggang yang menunjukkan dia terbaring di atas lantai di hadapan rumah pelanggan dengan sebuah motosikal di sebelahnya.
Seorang pengguna Twitter meminta orang ramai agar lebih mengambil berat terhadap penunggang dan menawarkan mereka makanan atau minuman pada bila-bila masa.
“Jika anda mempunyai rezeki lebih, berikan mereka tips untuk memudahkan kerja mereka,” tulis mereka.
Seorang lagi pengguna yang juga merupakan pemilik restoran, berkata kebanyakan penunggang ramah dan mereka sentiasa menawarkan makanan kepada penunggang.
“Innalilahi, bagi yang mengadu bungkusan belum sampai, sila lihat ini. Jika rumah anda sukar dicari, sekurang-kurangnya tulis alamat anda dengan jelas supaya memudahkan kerja mereka.”
Menurut Arif Novianto yang juga seorang editor di sebuah penerbitan di Indonesia, dia pernah mewawancara pemandu GoCar dan Grab, di mana ada pelbagai seribu satu cerita dinyatakan. Salah satunya ialah soal kepenatan serta keselamatan pemandu.
“Dalam sistem kerja gig, tiada had masa bekerja. Mereka mengikut peraturan ditetapkan oleh syarikat, sebaliknya mereka digalakkan untuk bekerja sekeras mungkin. Akibat gaji yang rendah, memaksa mereka bekerja berjam-jam, malah sampai ke tahap keletihan,” ciapan Novianto di Twitter. – Says
- BACA: PENGHANTAR MAKANAN LUAH RASA KECEWA DENGAN PELANGGAN T20. SANGGUP TIPU NAK DAPAT MAKANAN PERCUMA
- BACA: TERIMA UGUTAN, PELANGGAN BERGADUH DENGAN PENGHANTAR MAKANAN BUAT LAPORAN POLIS
- BACA: 347 KES KEMALANGAN MELIBATKAN PENGHANTAR MAKANAN E-HAILING
- BACA: DULU MENTERI AFGHANISTAN, KINI PENGHANTAR MAKANAN DI JERMAN