TOYOTA: DIRECT AUTOMATIC TRANSMISSION LEBIH BAIK DARI DSG!!!
Bagi menarik lebih ramai pembeli muda untuk kembali membeli kereta sport, Toyota akhirnya mempekenalkan transmisi automatik pada kereta sport mereka iaitu GR Corolla pada model 2025. Ini adalah kereta kedua GR yang ditawarkan dalam transmisi automatik selepas G Yaris.
Berbeza dengan pengel;uar lain yang menawarkan transmisi klac berkembar ataupun DSG, Toyota sebaliknya menawarkan transmisi Direct Automatic Transmision atau transmisi automatik biasa 8 kelajuan. Ia adalah langkah yang agak menghairankan peminat kerana GR Corolla dipasarkan sebagai sebuah kereta sport.
Namun langkah ini dibuat selepas Toyota mendapati, transmisi 8 kelajuan automatik dengan torque converter boleh beroperasi dengan baik ketika memulakan pemanduan, pada pelbagai kelajuan dan untuk pemanduan seharian
Isu kehilangan tenaga dan kecekapan mekanikal juga tidak ada pada transmisi ini disebabkan penggunaan klac rekaan baru yang membenarkan cecair hidraulik menghasilkan geseran sehungga 50% lebih baik berbanding dengan transmisi 6 kelajuan yang digunakan oleh Toyota
Malah spektrum operasi penggunaan klac yang disusun dalam beberapa set dalam kotak gear selepas kenderaan memecut juga bertambah lebar dengan penggunaan ratio 8 kelajuan, memberikan respon enjin yang lebih baik dan setara dengan penggunaan sistem DSG
Disebabkan keupyaan sistem transmisi Direct Automatic Transmission ini boleh beroperasi, sentiasa menukar gear dengan bantuan set kepingan klac, sensasi pemanduan adalah hampir sama dengan apa yang ditawarkan oleh sistem DSG. Maka Toyota memutuskan Corolla GR tidak perlu menggunakan DSG
Malah jika GR Corolla menggunakan DGS, kelebihan yang ditawarkan oleh DSG akan dikurangkan dengan sistem DSG yang kompleks dan lebih mahal berbanding dengan sistem transmisi 8 kelajuan DAT Toyota menjadikan penggunaan DSG kelihatan kurang menarik pada pandangan Toyota
Transmisi Gazoo Racing 8 Kelajuan Direct Automatic Transmission DAT ini membenarkan pemandu untuk memberi fokus kepada pemanduan, titik brek sebelum selekoh dan jug kawalan gear dengan ciri paddleshifter. Malah ECU transimisi ini juga direka untuk mengoptimakan untuk pemanduan agresif
Bebreza dengan transmisi automatik pada GR Supra dan GR 86 yantg operasi penukaran gear dibuat berdasarkan pergerakan kenderaa seperti nyah pecutan dan halaju, operasi DAT bergantung pada perisian khas yang mengesan bagaimana pemandu menggunakan pedal brek dan pedal minyak
Keadaan ini membenarkan DAT menjangkakan penukaran gear perlu dibuat mengikut kehendak pemandu dan memberikan pengalaman penukaran gear dibuat sama seperti pemandu profesional. Dengan hanya memberikan fokus pada pecutan dan brek, pemandu amatur boleh memandu dengan laju dengan bantuan DAT
Enjin 3 silinder G16E-GTS 1600cc 3 silinder ini menjana 300 kuasa kuda namun tork enjin dinaikkan sebanyak 30Nm kepada 400Nm seawal 3250 RPM. Bagi memastikan DAT beroperasi pada suhu optimum, DAT dipasanng dengan ciri penyejukan dan cecair penyejukan khas