
MYTUKAR BUKA CAWANGAN PERTAMA DI JOHOR BAHRU
Portal jualan kereta terpakai MyTukar, telah menubuhkan cawangan pertamanya di Johor Bahru. Premis myTukar Johor Bahru (JB) adalah outlet keempat selepas Ibu Pejabat Glenmarie, Cheras dan Puchong. Cawangan myTukar kelima dijangka dibuka di Selayang, Selangor pada suku ketiga 2019.

Cawangan baru ini memberi khidmat kepada pelanggan dari Negeri Johor dan sekitarnya. Operasi telah bermula pada 3 Mei lalu dan ia beroperasi dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Setiap hari.
Terletak bersebelahan dengan Tenaga Wan di kawasan komersil yang sibuk, myTukar JB dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan terbaru untuk menyediakan perkhidmatan komprehensif. Cawangan baru ini mampu menampung pelbagai kereta dengan lot kawasan seluas 10,000 kaki persegi.
Ada ruang menunggu untuk pelanggan ketika pemeriksaan kenderaan dibuat.

“Pembukaan outlet JB yang baru adalah penting bagi myTukar. Ia sebagai tapak pertama kami di Johor dan keempat bagi keseluruhan organisasi kami yang terus berkembang. Seperti biasa, kami percaya dengan strategi untuk menjadi platform jualan dalam talian yang paling dipercayai dan telus, “kata Fong Hon Sum, Ketua Pegawai Eksekutif myTukar Sdn Bhd.
Beliau menambah, “Kami akan terus mengembangkan hubungan dengan pelanggan kami untuk pengalaman transaksi myTukar yang terbaik. Kami merancang untuk menubuhkan dua lagi cawangan myTukar sebelum akhir tahun 2019. “

Turut hadir di majlis pengumuman rasmi MyTukar JB ialah Encik Fong Hon Sum, Ketua Pegawai Eksekutif myTukar Sdn Bhd, pengasas bersama MyTukar, Sam Lee & Kevin Chong, Pengurus Besar Operasi Derrick Eng, Raphael Wong (Pengurus Komunikasi Strategik) bersama duta besar MyTukar Atlet Motorsport Malaysia Leona Chin.

MyTukar Johor Bahru terletak di 1L Jalan Temenggong, Lot 1604 Batu 5 di Jalan Tebrau, Johor Bahru. myTukar JB beroperasi dari 9.30 pagi hingga 6.30 malam, dari hari Isnin hingga Ahad dan mereka boleh dihubungi di talian di 03 – 55690999.
Untuk pelanggan yang berniat untuk menjual kereta terpakai mereka pada bila-bila masa, ia cukup mudah. Anda hanya perlu log masuk ke myTukar.com dan daftar butiran kenderaan anda.
Perkhidmatan pelanggan myTukar akan menetapkan temu janji pemeriksaan kereta anda. Selepas pemeriksaan, anda boleh memutuskan untuk menerima tawaran dan akan dibayar dalam masa 24 jam! Jadi, jual kereta anda dalam masa yang singkat, cepat dan berkesan di myTukar.com!
GALERI