Buletin

UJI PANDU MITSUBISHI & BERPELUANG MAKAN MALAM BERSAMA IZZUE & AMYRA!

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, menganjurkan peraduan 4Sure Best Raya. 10 pemenang bertuah yang menguji pandu sebarang kenderaan Mitsubishi di mana-mana bilik pameran Mitsubishi Motors akan berpeluang menjamu selera dengan selebriti Malaysia Izzue Islam dan Amyra Rosli.

Pertandingan 4Sure Best Raya akan berlangsung dari hari ini hingga 2 Jun. Untuk mengambil bahagian, hanya perlu mengisi borang ujian dalam talian di laman web MMM http://mitsubishi-motors.com.my/events.

Peniaga sah Mitsubishi Motors akan mengaturkan jadual uji pandu. Peserta perlu melengkapkan uji pandu mana-mana model Mitsubishi Motors untuk menang.

Pemenang akan diumumkan pada 10 Jun di halaman rasmi Facebook MMM dan pemenang juga akan dimaklumkan melalui panggilan telefon. Makan malam akan diadakan pada 22 Jun, dan tempatnya akan diumumkan kelak.

“Kami telah memilih untuk bekerjasama dengan Izzue Islam dan Amyra Rosli untuk kempen 4Sure Best Raya kerana Izzue, seorang pelakon terkenal Malaysia yang juga pemilik Triton, memaparkan gaya hidup yang mencabar, merangkumi keyakinan dalam kerjayanya., “kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Beliau menambah, “Amyra pula  adalah selebiriti yang berorientasikan keluarga, yang jelas menjadikan keluarganya satu keutamaan. Kami fikir, ia sesuai untuk digabungkan dengan gaya hidup menerusi model SUV Outlander kerana keselamatan adalah motif penting dalam kenderaan kami, sesuai dengan peranannya sebagai kenderaan keluarga 7-kerusi. “

Google ads
Back to top button