,
Motosikal

SPYSHOT: DUCATI MULTISTRADA 939 – SI TOURING YANG SEKSI

Masih ingat dengan Ducati Supersport yang dilancarkan di Pameran Motor INTERMOT minggu lepas?. Nah ini adalah versi touring dari platform yang sama. Ducati Multistrada 939.

Gambar risikan Multistrada kecil ini mula bertebaran di alam maya sejak beberapa hari lepas. Ia dirakam dalam sebuah bengkel di Itali, berkemungkinan besar sedang dipersiapkan untuk dipasangkan dengan aksesori.

NEW-DUCATI-MULTI-01

Multistrada adalah versi adventur Ducati yang telah diperkenalkan sejak awal tahun 2000. Saya pernah menunggang uji Multistrada 1200 dan tak dinafikan ia antara motosikal touring-sport yang seronok ditunggang.

Adalah dipercayai motosikal ini akan dipamer dan dilancarkan pada Pameran Motor EICMA, Milan Itali bulan hadapan. Jika diterjemah terus spesifikasi enjin pada Supersport, Multistrada akan dikuasakan oleh enjin 939cc dengan 158 kuasa kuda dan 98Nm daya kilas. Kuat dah ni untuk standard motor touring. Touring je kot, bukannya Panigale.

NEW-DUCATI-MULTI-02

Tapi agak mengecewakan bagi peminat Ducati sejati kerana ia dipasangkan dengan banana swing arm, bukannya single sided swing arm. Memang nampak tak cukup sifat Ducati nya di situ. Dual swing arm ni macam Suzuki Best la.

 

 

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button