Artikel Pilihan

NAK MENIPU PUN KENA ADA SPM, INI CARA CITROEN KALAHKANKAN NAZI

Apabila Jerman berjaya mengalahkan angkatan tentera Peranchis pada permulaan Perang Dunia Kedua, kebanyakan syarikat automotif terpaksa tunduk kepada Wermacht. Salah satu perkara yang terpaksa dilakuakan oleh Citroen ialah membina jentera angkatan tentera termasuklah lori logistik untuk Wermacht.

Arahan ini diberikan oleh Wermacht kepada presiden Citroen pada ketika itu, Pierre-Jules Boulange samaada membina lori Citroën T45 trucks atau berhadapan dengan hukuman. Jadi bagi mengelakkan hukuman, Pierre-Jules Boulange terpaksa bersetuju dengan arahan Wermacht. Tambahan pula kilang Citroën di Quai de Javel telah disita oleh Wermacht.

Lori Citroën T45 berupaya membawa beban sehingga 3500kg dan mencapai halaju tertinggi pada 80km/jam. Pada awal pengenalan lori ini, kerajaan Peranchis tidak berminat langsung dengan Citroën T45 dan hanya memesan lori ini setelah perang meletus.

Salah satu cara yang dibuat ialah melengah-lengahkan masa pembinaan lori Citroën T45, membina secara santai dan melambat-lambatkan penghantaran lori yang siap kepada Wermacht. Bagi lori yang sudah siap, ia dibina dengan kecacatan yang sengaja dilakukan supaya lori ini cepat rosak

Seperti yang diketahui umum, enjin memerlukan minyak pelincir untuk beroperasi agar tidak rosak akibat geseran. Bagi mensabotaj lori yang telah dihasilkan, Pierre-Jules Boulange memberi arahan supaya lori ini “cepat rosak dengan sengaja di medan perang” dengan menyekat pengaliran minyak pelincir untuk operasi enjin.

Bayangkan sekiranya enjin lori ini rosak di medan perang akibat piston melekat di silinder akibat kekurangan minyak pelincir, adalah sukar untuk melakukan kerja baik pulih, mahupun menunda semula lori ini ke pengkalan. Apa yang boleh dilakukan ialah meninggalkan lori ini dan memusnahkannya sebelum dapat digunakan oleh pihak lawan

Apa yang dilakukan oleh Pierre-Jules Boulange dan pasukannya cukup mudah, mereka meletkkan huruf F (full) lebih rendah berbanding yang asal pada dipstick oil. Keadaan ini menyebabkan mekanik Jerman menyangka minyak pelincir sudah cukup. Sedangkan enjin diesel lori ini kekurangan minyak pelincir.

Rancangan ini berkesan dan menyebabkan isu bekalan logistik yang sepatutnya diangkut dengan lori Citroën T45 gagal sampai ke pasukan tentera yang memerlukan. Hanya dengan sedikit sahaja ilmu musuh berjaya dikalahkan tanpa sebutir peluru pun ditembak.

Google ads
"
"
Back to top button