Artikel Pilihan

SHELL TUTUP SEMUA STESEN HIDROGEN DI CALIFORNIA. PEMILIK EV TEPUK TANGAN?

Stesen pengisian bahan api hidrogen di California akan menutup semua 7 stesen yang dioperasi oleh kumpulan mereka bermula dalam minggu ini. Stesen pengisian hidrogen ini merupakan stesen dikhaskan untuk kenderaan ringan, memberikan tamparan hebat kepada pasaran kenderaan hidrogen di Amerika biarpun bahan api ini diberikan subsidi.

Setakat ini California memiliki sehingga 55 stesen pengisian semula hidrogen dan 7 daripadanya dioperasikan oleh Shell melalui kerjasama Hydrogen Fuel Cell Partnership. Penutupan ini memberikan tamparan kepada perkembangan bahan api hidrogen sebagai bahan api alternatif.

Buat masa ini terdapat 3 buah kenderaan berkuasa hidrogen fuel cell dijual di Amerika iaitu Toyota Mirai, Hyundai Nexo dan Honda Clarity. Sehingga hari ini terdapat 18,000 kenderaan fuel cell digunakan di California dan 66 bas dioperasikan dengan kaedah yang sama

Shell Hydrogen Vice President Andrew Beard berkata Shell terpaksa menutup operasi 7 stesen ini disebabkan faktor pembekalan hidrogen yang rumit dan juga faktor luaran seperti sambutan pasaran terhadap permintaan hidrogen

Menurut kajian, majoriti stesen pengisian hidrogen di California pada ketika ini beroperasi dengan tempoh waktu yang disingkatkan dan ada stesen yang tidak beroperasi buat sementara waktu. Laporan daripada Hydrogen Insight melaporkan bahawa bekalan bahan ini terganggu semenjaka bulan Ogos 2023. Malah seorang pemandu Uber melaporkan adalah sangat sukar untuk mengisi hidrogen pada ketika ini

Sesetengah operator stesen bahan api hidrogen juga berhadapan dengan isu ketahanan sistem pengisian hidrogen yang digunakan oleh mereka, seperti yang dialami oleh syarikat Iwatani iaitu sebuah syarikat dari Jepun yang berhadapan dengan isu teknikal. Keadaan ini memaksa Iwatani memulakan prosedur saman pada pembekal mereka di atas kegagalan teknikal yang menjejaskan jualan.

Semua isu di atas menyebabkan masa depan bahan api hidrogen di Amerika mulai terjejas dengan masa depan yang tidak pasti, kemajuan yang perlahan dalam pengenalan teknologi baru dan harga hidrogen yang mahal

Di Amerika, kereta fuel cell ditawarkan dengan kuantiti hidrogen yang banyak sewaktu pembelian. Namun selepas hidrogen tersebut habis, pengguna perlu membayar harga bahan api yang mahal, stesen bahan api yang sering rosak dan perlu beratur panjang. Keadaan ini menyebabkan harga jualan kereta fuel cell di Amerika jatuh mendadak di pasaran terpakai

Google ads
Back to top button