Buletin

PROGRAM LANGGANAN KERETA KINTO ONE TAWAR LEBIH BANYAK PILIHAN BAHARU

Sesiapa yang ingin memandu sebuah kereta tanpa perlu memilikinya boleh berbuat demikian dengan program langganan KINTO ONE. 

Direka di Jepun dan ditawarkan di seluruh dunia, langganan ansuran bulanan tetap dengan KINTO ONE ini meliputi pendaftaran kenderaan, insurans tahunan komprehensif, cukai jalan, penyelenggaraan pencegahan dan berjadual. 

KINTO ONE ialah hasil kerjasama di antara Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd dan UMW Toyota Motor. Ia juga merupakan sebahagian daripada langkah awal Toyota untuk menjadi sebuah syarikat mobiliti di Malaysia. 

Tempoh langganan adalah selama dua atau tiga tahun. Sebaik sahaja tempoh itu tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan terbabit dan selebihnya akan diuruskan oleh KINTO ONE. Jadi, pelanggan tidak perlu risau dengan nilai semasa atau cara untuk menjual kenderaan terbabit. 

Kini, KINTO ONE hadir dengan tawaran baharu yang membolehkan anda memilih pakej perbatuan tahunan berbeza bermula 20,000km hingga 30,000km, selain tempoh langganan lebih panjang hingga lima tahun.

KINTO ONE turut menawarkan Lite Package sebagai maklum balas kepada permintaan pasaran memandangkan  pelanggan kurang bergerak berbanding dahulu. Lite Package menawarkan nilai terbaik dan dapat memenuhi keperluan spesifik setiap pelanggan. 

Memandangkan wujud peningkatan permintaan daripada syarikat, maka KINTO ONE Business direka untuk syarikat yang tidak mahu terbeban dengan aset dan menguruskannya. 

Sama seperti KINTO ONE, syarikat kini boleh melanggan KINTO ONE Business untuk kenderaan kegunaan komersial.

Ia bukan sahaja akan membantu syarikat menguruskan barisan kenderaan dengan lebih mudah, malah dapat memberi ketenangan minda kerana segala hal berkaitan kenderaan terbabit akan diuruskan secara profesional.

Model yang ditawarkan untuk langganan KINTO ONE ialah barisan jentera Lexus dan Toyota, termasuklah Hilux dan Hiace. Senarai inventori berserta harga langganan boleh didapati di laman web: www.kinto-my.com 

Google ads
Back to top button