Buletin

NASIM LABUR RM5 JUTA TINGKATKAN KUALITI SERVIS

Nasim Sdn Bhd (Nasim), pengedar rasmi Automobiles Peugeot di Malaysia melabur sebanyak RM5 juta bagi menambah baik pusat teknikal, semburan cat dan badan. Nasim turut menawarkan perkhidmatan bantuan jalan raya percuma selama tiga tahun.

nasim-semburan-cat dan badan-puchong-mekanika (1)

“Pelaburan berkenaan sebagai jaminan kepuasan pelanggan. Langkah-langkah penambahbaikan ini dapat mengenal pasti masalah dengan lebih berkesan, mempercepatkan proses baik pulih dan restorasi kenderaan, selain menawarkan ketenangan minda kepada pemilik,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif Naza, Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George.

Pusat Teknikal yang terletak di Glenmarie, Shah Alam itu bertindak sebagai platform bagi semua cawangan di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kepakaran diagnostik. Sekali gus meningkatkan kecekapan dan pengetahuan teknikal.

nasim-semburan-cat dan badan-puchong-mekanika (2)

Peugeot Semburan Cat dan Badan Puchong berkeluasan 20,000 kaki persegi itu dibangunkan dengan nilai pelaburan RM2 juta. Untuk keselesaan pelanggan, kemudahan lounge, wi-fi percuma, ruang penghantaran dan 16 ruang mengecat yang berkeupayaan menampung 80 unit kenderaan pada satu-satu masa ada disediakan.

Sebagai tambahan, bagi bantuan mobiliti penuh, Nasim turut menawarkan pakej 3 tahun Bantuan Tepi Jalan. Servis 24 jam itu merangkumi kecemasan dan kerosakan di rumah, jalan raya dan perkhidmatan menunda, kemudahan hotel dan servis teksi.

Perkhidmatan itu ditawarkan di Malaysia, Singapura dan Thailand (kecuali Pulau Pinang dan Langkawi). Pengguna hanya perlu menghubungi talian 1-800-88-6292.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button