Buletin

NASIM LANCAR PEUGEOT PETALING JAYA

Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) telah melancarkan cawangan terbaharunya, Peugeot Petaling Jaya pagi tadi.

Peugeot-Petaling- Jaya-mekanika (3)

Peugeot Petaling Jaya merupakan cawangan kedua Nasim pada tahun ini selepas Peugeot Taiping dan menjadi outlet Peugeot yang ke-16 di Lembah Klang. Sejak memulakan pengembangan rangkaian yang pantas empat tahun lalu, Nasim kini sudah pun memiliki 36 outlet di seluruh negara.

Peugeot Petaling Jaya akan memberi khidmat kepada pelanggan di Lembah Klang dan kawasan sekitar Petaling Jaya. Bilik pameran 1S berkeluasan 7,560 kaki persegi ini dibina dengan kos RM1 juta.

Peugeot-Petaling- Jaya-mekanika (2)

Ia dilengkapi sebuah lounge untuk pelanggan, kawasan perbincangan, butik Peugeot, Wi-Fi percuma dan ruang parkir yang luas.

“Melalui pengembangan rangkaian selepas jualan serta pengenalan beberapa model baharu seperti Peugeot 308, Peugeot 408 dan Peugeot 508 tidak lama lagi, kami ingin memenuhi keperluan pelanggan dari segi khidmat selepas jualan serta servis,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George.

Peugeot-Petaling- Jaya-mekanika (4)

Semua model Peugeot hadir bersama jaminan selama lima tahun, perbatuan tanpa had, khidmat bantuan Peugeot 24 jam, akses percuma ke Peugeot Lounge di lapangan terbang Subang Airport dan keahlian Peugeot Privilege.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button