Buletin

SHELL DAN BMW PERKUKUH KERJASAMA

Shell kini memperluaskan usaha samanya dengan BMW AG, selepas dipilih sebagai pembekal minyak enjin tulen BMW.

shell-bmw-mekanika (1)

Shell juga menjadi satu-satunya pembekal minyak enjin global untuk BMW Group bagi pasaran selepas jualan. Shell Lubricants – Shell Helix Ultra berganding bahu dengan BMW Motorsport sebagai rakan teknologi dan pembekal eksklusif minyak enjin premium. Shell V-Power pula menjadi bahan api disyorkan oleh pihak BMW M Automobiles.

Kerjasama minyak pelincir ini melibatkan acara Tourenwagen Masters (DTM), TUDOR United SportsCar Championship (USCC) dan perlumbaan 24 jam di litar Nürburgring-Nordschleife Jerman) yang turut merangkumi perlumbaan di Austria, Kanada, Jerman, Belanda, Rusia dan Amerika Syarikat.

“Kami di BMW Motorsport gembira kerana mendapat sokongan padu daripada Shell dalam perlumbaan DTM , USCC dan Nürburgring 24 Jam,” kata Pengarah BMW Motorsport, Jens Marquardt.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button