Peranti

MENANGI HADIAH BERJUMLAH RM1.5 DALAM ACER BONANZA

Acer Malaysia memulakan tahun Kambing menerusi kempen Acer Bonanza yang menawarkan pelanggan dengan hadiah bernilai RM1.5 juta!

Acer-Bonanza-mekanika

Untuk memenangi hadiah wng tunai berjumlah RM8,888 selain barangan Acer, baucar membeli-belah atau petrol, anda hanya perlu membeli mana-mana produk Acer di antara 26 Februari hingga 29 Mac 2015  daripada 46 penjual sah Acer di seluruh negara.

Setiap barangan yang dibeli layak menerima satu cabutan. Bukan itu sahaja, pelanggan yang memilih untuk memasukkan sistem operasi Windows 8 ke dalam peranti mereka akan menikmati jaminan tempatan serta langganan keselamatan internet McAfee selama tiga tahun untuk satu PC bernilai hampir RM600.

Acer-Aspire-Switch-12-mekanika (2)

Antara produk utama yang ditawarkan dalam Acer Bonanza ialah Acer Aspire Switch 12 yang boleh bertukar kepada lima mode dengan mudah. Notebook 2 dalam 1 itu dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM M yang terkini. Sementara Acer Aspire Active Stylus yang ditawarkan secara percuma sepanjang tempoh promosi ini membuatkan kerja-kerja menulis nota dan melukis semakin mudah.

“Acer Bonanza sememangnya memberi ganjaran dan pakej hebat kepada pelanggan. Ketika Acer menawarkan inovasi terkini, kami berusaha keras untuk memastikan pelanggan boleh memaksimumkan keseronokan memiliki dan menggunakan peranti-peranti kami,” kata Ketua Komputer Meja dan Peranti Pengguna Acer Malaysia, Jerry Soon.

Acer-Aspire-Switch-12-mekanika (1)

Pakej-pakej menarik itu termasuklah beg sandang Acer, pelindung portfolio, Acer Aspire Stylus, pelindung skrin dan banyak lagi.

Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Acer Malaysia (bit.ly/AcerBonanza) atau hubungi Inline Produk Acer di talian 1800-88-1288.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button