Artikel PilihanBuletinModifikasi

NAVARA EDISI TERHAD MANUKAU NISSAN YANG MEMUKAU

Foto Nissan Navara ini bertebaran di alam maya sejak beberapa minggu yang lalu. Ia kelihatan seperti versi top range Wildtrak pada Ford Ranger, atau setidak-tidaknya seperti TRD Sportivo pada Hilux. Kelihatannya sesuatu seperti itu kalau anda faham apa yang kami cuba maksudkan.

Tetapi tidak, ia sebenarnya tidak dihasilkan oleh Nissan pun. Trak pikap yang dinamakan Navara Tungsten Carbide ini adalah inisiatif yang dilakukan oleh salah satu wakil jualan Nissan di sebuah daerah kecil di Auckland, Manukau New Zealand.

Nissan NAvara Tungsten manukau (5)

Beralamat di 17 Cavendish Dr Manukau, Aucland. Wakil jualan yang terkenal dengan panggilan Manukau Nissan ini menambahbaik versi NP300 ini dengan kombinasi pengubahsuaian yang agak drastik. Sejak dilancarkan tahun lepas, Navara menjadi antara trak pikap pilihan di seluruh dunia.

Samada kegunaan lasak, ataupun urban. Ia juga jadi pilihan kaki modified yang menjadikan trak ini sebagai platform minat mereka. Menyedari minat tersebut, pihak Manukau Nissan menagmbil inisiatif membina sendiri versi mereka. Edaran Tan Chong Malaysia juga menawarkan Navara versi Iron Man untuk pasaran tempatan.

Nissan NAvara Tungsten manukau (1)

Ia dipasangkan dengan rim aloi 20 inci dengan pilihan tayar MT (mud-terrain) atau HT (highway-terrain). Aksesori seperti nodge bar dan sport bar depan yang asalnya dari aksesori asli Nissan, telah dilapiskan dengan powder coated warna hitam. Bahagian dalaman menerima sentuhan kosmetik dengan keseluruhan kerusi dibalut semula mengikut tema warna kenderaan.

Turut dipasangkan bersama ialah aksesori tulin Nissan seperti deck liner dan protector untuk hood depan. Pemijak sisi dan grill radiator depan di laraskan dengan warna gelap dan akhir sekali pelekat grafik yang mereka gelarkan TUNGSTEN EDITION mewakili imej yang diterapkan. Manukau Nissan mendakwa pakej “add-on” ini bernilai NZD8,300 atau kira-kira RM23,800. Boleh tahan!

 

 

Nissan NAvara Tungsten manukau (3)Nissan NAvara Tungsten manukau (4) Nissan NAvara Tungsten manukau (6)Nissan NAvara Tungsten manukau (7)Nissan NAvara Tungsten manukau (8)

Google ads
Back to top button