BuletinMotosikal

DUCATI MALAYSIA SAHKAH PREMIS MEREKA BANJIR SEMALAM

Semalam, tular imej motosikal ditenggelami air yang dikatakan sebagai pusat servis Ducati Malaysia. Hari ini, Next Bike tampil memberi penjelasan mengesahkan bahawa imej-imej tersebut merupakan gambaran sebenar bencana banjir kilat yang berlaku pada petang semalam.

Next Bike Sdn Bhd selaku pemegang francais jenama Ducati Malaysia juga menggesa orang ramai agar tidak mempercayai spekulasi yang boleh menyebabkan kekeliruan.

Pengedar Ducati itu juga memberi jaminan bahawa keadaan di pusat pameran Ducati Malaysia PJ adalah dalam keadaan terkawal dan dalam insiden banjir semalam, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pihak Next Bike juga telah menghubungi para pemilik motosikal Ducati Malaysia yang terlibat.

Selaku pemegang hak jenama Ducati di Malaysia, Next Bike dalam satu kenyataan hari ini juga memberitahu bahawa mereka sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan, para pekerja serta orang ramai meskipun dalam keadaan yang tidak dijangka seperti banjir kilat ini.

Untuk pertanyaan lanjut boleh berhubung menerusi emel d[email protected]

Google ads
Back to top button