Artikel Pilihan

PRESIDEN KOREA SELATAN STEADY AJA GUNA HYUNDAI NEXO SEBAGAI KENDERAAN RASMI

Sesungguhnya betapa bertuahnya Pembesar di Korea Selatan. Mereka tidak perlu khuatir untuk memilih jenis kenderaan rasmi untuk barisan pegawai tertinggi mereka. Jikalau di Malaysia, kita masih lagi bergantung harap kepada model Proton Perdana Honda Accord sebagai kenderaan rasmi walau pun kalau diikutkan kitaran hayat, dah sampai masanya untuk dilupuskan. Dan di Korea, sudah tentulah jenama Hyundai menjadi jenama kebanggaan untuk dipandu, baik oleh Pembesar Negara waima rakyat marhaen sekalipun.

Sebelum ini, Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pernah menggunakan sebuah model mewah, Mercedes-Maybach S600 Guard sebagai kenderaan rasmi pada tahun 2017 dan juga Genesis G90 pada tahun 2016. Namun pada tahun 2018, Presiden Korea Selatan Ke 12 ini telah memutuskan untuk menggunakan sebuah model yang sedikit lain daripada yang lain, SUV Kompak Hyundai Nexo. Pemilihan SUV ini oleh Presiden Korea Selatan ini sebenarnya cukup mudah, demi untuk menggalakkan rakyat agar beralih kepada kenderaan yang lebih mesra alam.

Presidential Security Service (PSS), agensi keselamatan yang melindungi Presiden khabarnya telah menempah khas sebanyak tujuh unit Hyundai Nexo bagi kegunaan Presiden Moon Jae-in yang mana lima unit daripadanya adalah untuk kegunaan pihak PSS sendiri.

Secara asasnya, Hyundai Nexo ini adalah merupakan kenderaan yang dijana kuasa oleh hidrogen sepenuhnya (Fuel Cell Electric Vehicle – FCEV). Sekaligus menjanjikan zero emisi dan dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sebagai kenderaan elektrik moden, sudah tentu penampilan luarannya menampilkan ciri yang tampak futuristik terutamanya rekaan bahagian hadapan dengan lampu LED yang nipis menajam itu. Malah rekaan ruang kabinnya juga selari dengan rekaan luar yang kelihatan canggih dan futuristik.

Sebenarnya ada suatu perkara yang cukup menarik tentang Hyundai Nexo ini. Kenderaan ini mampu bergerak sehingga 666 km. Cukup jauh untuk pulang ke beraya ke kampung. Itu pun kalau dapat balik beraya lah kan. Sabarlah duhai hati.

Sungguhpun demikian, buat masa ini Presiden Moon Jae-in hanya menggunakan Hyundai Nexo ini di perkarangan Blue House (Pejabat Rasmi Presiden) sahaja meliputi meliputi jarak diantara kediaman dan pejabat sahaja. Menurut laporan, penggunaan Hyundai Nexo ini bakal diperlukan dari masa ke masa mengikut kesesuaian.

BACA : GENESIS G90 BAHARU – JENAMA KEMEGAHAN K-POP

BACA : PRESIDEN CHINA BAWA KERETA RASMI KE LUAR NEGARA HONGQI N501

Google ads

B K

Back to top button