Buletin

5 PERKARA TENTANG NISSAN 400Z

Toyota dah lama lancarkan pengganti AE86 iaitu GT86 dan juga Supra baru telah muncul dengan kerjasama BMW. Honda pula muncul dengan Civic Type R dan NSX serba baru. Mazda pula dah tayangkan konsep baru dengan enjin 6 silinder sebaris serta transmisi 8 kelajuan. Nissan pada mulanya masih lagi senyap berkenaan dengan pengganti 370Z

Masih lagi dihantui dengan masalah perundangan dengan bekas CEO yang lari dalam kotak pembesar suara. Tapi sebenarnya Nissan back in the game dengan membangunkan model pengganti Nissan370Z yang sudah berusia sedekad. Nama yang disebut-sebut ialah Nissan 400Z yang dikatakan akan menggantikan model 370Z. Jadi apa yang kita tahu berkenaan 400Z sehingga hari ini?

1. Susunan enjin dan cesi

Untuk menggembirakan peminat Nissan, kami pasti ia akan ditawarkan dengan konffigurasi FR iaitu enjin berada di depan dengan pacuan roda belakang. Transmisi manual akan memisahkan antara pemandu sejati dengan pemandu acah-acah Nismo.

2. Platform

Nissan 400Z dikatakan akan menggunakan platform yang sama dengan model Infiniti Q50/Q60. Berdasarkan maklumat yang ada Infiniti Q60 menggunakan sistem suspensi Double Wishbone pada roda belakang dan multilink pada roda belakang. Suspensi ini lengkap dengan bar anti oleng.

Namun kami tidak pasti samaada Nissan 400Z akan datang dengan fungsi suspensi boleh laras dan juga Direct Adaptive Steering System sama seperti Q60. Kami juga pasti Nissan akan memastikan model 400Z ini akan menjadi lebih ringan berbanding dengan Infini Q60

3. Enjin dan Transmisi

Legasi model Nissan Z dikenali dengan angka yang menemani huruf Z tersebut. Sebagai contoh model Nissan 370Z dipasang dengan enjin 3700cc. Jadi untuk teori yang mengatakan model Nissan 400Z dipasang dengan enjin 4000cc mungkin hanya boleh berharap sahaja. Besar kemungkinan ia akan dipadankan dengan enjin berkuasa 400 kuasa kuda

Calon yang sesuai ialah enjin silinder susunan V dengan sesaran 3000cc yang dipasang model Q60. Enjin V6 ini menghasilkan 400 kuasa kuda pada 6400 RPM dan tork maksima 475Nm tork antara 1600-5200 RPM. Kami tidak pasti samaada enjin ini akan dilengkapkan dengan teknologi nisbah mampatan boleh ubah.

Namun apa yang pasti enjin ini dipasang sistem turbo, kepala silinder dan blok enjin yang dihasilkan daripada aloi aluminium, dengan sistem penyejukan berasaskan air. Pada model Q60, kuasa ini cukup untuk pecutan 0-100km/j dalam masa 4.5 saat

4. Varian Nismo

Tak sah kalau varian NISMO tidak dihasilkan bagi memberikan sedikit kelainan bagi pelanggan yang berduit. Ia dilaporkan akan ditawarkan dengan enjin V6 3000cc yang sama namun dengan talaan yang berbeza. Enjin ini dilaporkan menerima suapan turbo caj berkembar bagi menghasilkan kuasa sekitar 475 kuasa kuda 611 Nm tork.

5 Rekaan Retro

Beberapa media antarabangsa telahpun menyiarkan gambar unit pandu uji 400Z namun dengan menggunakan model Nissan 370Z. Namun kami percaya rekaan terbaru ini diilhamkan daripada Datsun 240Z retro. Keadaan ini diyakinkan dengan Nissan mula menyiapkan logo serta mempatenkan lozo Z dengan gaya klasik

Rekaan depan dan lampu depan Nissan 400Z akan menggunakan ilham Nissan 240Z dan rekaan lampu belakang akan mengambil idea lampu Nissan 300ZX. Sekali imbas rekaan ini mirip dengan Porsche 911 Turbo klasik. Jika dibandingkan dengan rekaan V motion yang digunakan sekarang, kami berpendapat rekaan retro ini ada karekter tersendiri dan

Tags
Google ads
Back to top button