Buletin

PAYUNG TERJUN GAGAL DIBUKA. TENTERA ‘MASUK’ DAPUR RUMAH

Seorang anggota tentera Britain jatuh menghempap bumbung dapur sebuah kediaman apabila payung terjunnya gagal terbuka sepenuhnya dalam satu latihan tentera di California, Amerika Syarikat.

Lelaki itu terjun dari sebuah pesawat pada ketinggian lebih 4,572 meter dalam terjunan dipanggil sebagai ‘Halo’ yang dilakukan oleh unit komando Perkhidmatan Khas Udara (SAS) dan Perkhidmatan Khas Bot (SBS) untuk masuk ke kawasan musuh.

Bagaimanapun, menurut laporan The Sun, payung terjun tentera itu gagal terbuka sepenuhnya. 

Impak insiden tersebut menyebabkan bumbung kediaman jenis banglo itu berlubang.

Anggota tentera yang memakai seragam Unit Tindakan Khas Britain itu kemudian jatuh ke lantai dapur. 

Pemilik kediaman tiada di rumah semasa kejadian kira-kira pukul 4.55 petang (waktu tempatan) kelmarin.

“Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan sedar namun terkejut selain mengadu sakit badan. Tiada kecederaan serius dilaporkan,” kata polis.

Polis berkata, kesemua anggota tentera yang mengambil bahagian dalam latihan tersebut berjaya mendarat dengan selamat di tapak pendaratan.

“Kami bersyukur kerana anggota tentera itu hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada individu lain yang cedera akibat insiden itu,” katanya. – The Sun/Kosmo!

Google ads
Back to top button