Buletin

TAK LAKU DI CHINA, RADAR RD6 BAKAL TIBA DI PASARAN THAILAND – HARGA BERMULA SEKITAR RM113K

Setelah melancarkan Radar RD6 di China serta mengumumkan ketibaanya di pasaran lain, Geely kini dikatakan bakal membawa pikap saiz sederhana itu ke Thailand.

Menurut Geely, selepas pelancaran, Radar RD6 telah menjadi trak pikap elektrik paling popular di China, dengan bahagian pasaran sebanyak 53 peratus.

Meskipun ia nampak mengagumkan, tetapi harus ingat bahawa angka jualan RD6 pada Jun 2023 hanya mencecah 1,024 unit.

Jadi, permintaan untuk kenderaan jenis ini di China sebenarnya masih agak rendah.

Maka dengan itu, bukan satu kejutan apabila Geely memutuskan untuk melancarkan jenama ini di luar negara bagi meningkatkan jualan.

Bagi dimensi kenderaan ini pula, ia mempunyai ukuran 5260/1900/1830mm dan jarak roda pada 3120mm.

Dari segi spesifikasi, model ini menggunaka bateri 86kWj bagi jarak gerak sehingga 550km dan motor elektrik tunggal pada gandar belakang, di mana ia berupaya menghasilkan 272hp.

Selain itu, Radar RD6 turut mempunyai dua pilihan bateri lain iaitu 63kWj untuk jarak gerak 400km dan 100kWj untuk 632km.

Di China, trim ini boleh dimiliki pada harga AS$25,000 hingga AS$37,560 (RM113,762 – RM170,916).

Google ads
Back to top button